BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia-Hungary Perkukuh Kerjasama Pertanian, Keterjaminan Makanan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Malaysia-Hungary Perkukuh Kerjasama Pertanian, Keterjaminan Makanan​

bf87a70babe3c8cbce7737db635fb1fb6a74b12652478

b78c0bc7befe30b59ccbf25886d8cd1f6a74b1365d8c5

839f0d8e921da43707439f0a63170fa76a74b146b5dfe

66cbfa3f2334becded102dde4f2e6fb36a74b158697d1

Kredit: FB Mohamad Sabu

Malaysia dan Hungary memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian serta keterjaminan makanan menerusi pelbagai inisiatif, termasuk penyertaan Hungary dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara itu, dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama dengan Duta Hungary ke Malaysia Dr Sándor Sipos yang mengadakan kunjungan hormat hari ini.

Beliau berkata perbincangan turut meliputi pelaksanaan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Hungary yang pertama, kerjasama penyelidikan antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Hungarian University of Agriculture and Life Sciences (MATE), selain usaha memperluas perdagangan serta pelaburan sektor agromakanan antara kedua-dua negara.

“Kerjasama teknikal antara MARDI dan MATE terus menunjukkan perkembangan positif, antaranya menerusi program pertukaran penyelidik Erasmus+, penyelidikan dalam bidang genetik, teknologi pembiakan dan pembangunan produk ternakan berkualiti tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad berkata kerjasama berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang kepada petani, penternak, penyelidik dan usahawan agromakanan di kedua-dua negara menerusi perkongsian kepakaran, teknologi serta pengalaman.

Beliau berkata hubungan baik Malaysia dan Hungary dalam bidang pertanian akan terus diperkukuh bagi menyokong pembangunan sektor agromakanan negara serta memperkasakan keterjaminan makanan.

 
Back
Top
Log in Register