combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Bengkel Pemeriksaan Kenderaan Baharu Perkukuh Keupayaan JPJ Labuan
Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan hari ini secara rasmi menyerahkan Bengkel Pemeriksaan Kenderaan yang baharu kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Labuan yang siap dibina dengan anggaran kos kira-kira RM500,000.
Pengarah JKR Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata kemudahan itu akan memperkukuh keupayaan JPJ Labuan dalam melaksanakan pemeriksaan kenderaan secara lebih cekap, sistematik dan berintegriti.
Beliau berkata projek yang bermula pada 23 Okt 2025 itu siap sepenuhnya pada 10 Julai lepas.
"Bengkel ini dilengkapi dengan kemudahan seperti scissor lift, pemampat udara, kaunter perkhidmatan pelanggan dan infrastruktur sokongan lain bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di JPJ Labuan.
"Bengkel ini juga menyediakan kemudahan yang lebih kondusif dan sistematik kepada JPJ Labuan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, sekali gus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai," katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan projek itu di ibu pejabat JPJ Labuan, hari ini.
Mohd Faizul berkata bengkel berkenaan direka bentuk berasaskan konsep seni bina perindustrian moden yang menggabungkan identiti korporat JPJ dan pendekatan fungsian tropika, selain mengutamakan aspek kecekapan operasi, ketahanan dan fleksibiliti bagi memenuhi keperluan pada masa hadapan.
Keseluruhan projek itu direka oleh pasukan profesional JKR Labuan sendiri, sekali gus membuktikan keupayaan teknikal serta kepakaran jabatan berkenaan dalam merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur kerajaan yang berkualiti.
Mohd Faizul berkata meskipun berdepan kekangan logistik, cabaran mendapatkan bahan binaan dan faktor cuaca di pulau itu, projek berkenaan berjaya disiapkan hasil kerjasama erat antara Kementerian Pengangkutan, JPJ Labuan, JKR Labuan, kontraktor dan pihak berkepentingan yang lain.
Beliau berkata kejayaan menyiapkan dan menyerahkan projek itu turut mencerminkan imej baharu JKR menerusi prinsip "Delivery Is Our Priority" (Mengutamakan Penyampaian), yang menekankan pelaksanaan projek mengikut masa, kualiti dan keperluan rakyat.
Loading…
www.bernama.com