BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerjasama Weststar-RTI Perkukuh Keupayaan Pertahanan Berdaulat Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Kerjasama Weststar-RTI Perkukuh Keupayaan Pertahanan Berdaulat Negara​

97dfa5e0b6b47848dbf32e6589ad29896a476293894cf

Kredit: Kementerian Pertahanan Malaysia

Kerjasama strategik yang dimeterai antara syarikat tempatan Weststar Defence Industries Sdn Bhd dengan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) dari Australia menyumbang kepada pembinaan keupayaan pertahanan negara yang berdaulat.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerjasama itu juga merupakan satu perkembangan penting dalam memperkukuh keupayaan industri pertahanan negara, khususnya dalam pembangunan teknologi roket dan misil.

Beliau berkata kerajaan amat menyokong kerjasama berkenaan kerana ia selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan dalam pembangunan dan pengeluaran roket serta misil.

Katanya, kerjasama itu bukan sekadar melibatkan aspek pengeluaran malah turut merangkumi pembinaan kemudahan pengeluaran di Malaysia yang dijangka memulakan pengeluaran roket dalam tempoh dua tahun lagi sebelum diperluaskan kepada pengeluaran misil pada masa depan.

“Pelaburan yang dilaksanakan oleh Weststar turut membolehkan Malaysia menyertai rantaian pembekalan global RTI, sekali gus membuka peluang kepada industri tempatan untuk berkembang dalam ekosistem pertahanan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perjanjian kerjasama itu dimeterai antara Pengasas dan Pengarah Urusan Weststar Group Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dengan Pengasas RTI Allan James Payne di National Convention Centre, Canberra, Australia, yang diadakan bersempena dengan lawatan kerja tiga hari Mohamed Khaled ke negara itu bermula Rabu lepas.

Mohamed Khaled yang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Australia atas sokongan dan persetujuan yang diberikan terhadap kerjasama itu turut mengucapkan tahniah kepada Weststar atas keyakinan dan komitmen untuk melabur dalam bidang strategik berkenaan.

“Pelaburan ini bukan sahaja akan memberikan pulangan yang signifikan kepada industri pertahanan negara, malah merupakan pelaburan strategik ke arah memperkukuh keupayaan pertahanan negara yang berdaulat demi generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu semasa lawatan kerja tersebut, Mohamed Khaled bersama delegasi turut melawat Institute for Space, Defence and Advanced Technologies (ISDAT) di University of Southern Queensland (USQ) bagi meneroka keupayaan teknologi roket dan misil menerusi kerjasama antara industri dan ahli akademik.

 
Back
Top
Log in Register