combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Malaysia, Vietnam Komited Perkukuh Kerjasama Pertahanan - Mohamed Khaled
Kredit: MINDEF
Malaysia dan Vietnam komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Vietnam Jeneral Phan Van Giang bersempena dengan lawatan rasmi dua hari ke negara berkenaan yang bermula semalam.
Beliau berkata pelbagai bidang kerjasama dibincangkan, termasuk latihan ketenteraan dua hala, perkongsian risikan, maritime domain awareness (kesedaran domain maritim), operasi menyelamat kapal selam, kecerdasan buatan (AI), industri pertahanan serta usaha menghadapi cabaran keselamatan baharu, seperti aktiviti grey zone.
“Saya turut mengemukakan cadangan supaya mekanisme kerjasama diperkasakan melalui komuniti peringkat tertinggi bagi memastikan setiap inisiatif dapat diselaras dan dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.
Mengenai perkembangan strategik serantau termasuk isu Laut China Selatan, Mohamed Khaled menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan perlu terus dipelihara melalui dialog, diplomasi dan undang-undang antarabangsa, di samping menyokong pemuktamadan Kod Tatalaku (CoC) yang efektif dan bermakna.