BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS Komited Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia - Khaled Nordin

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,151
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,151
Reaction score
346
Points
141

AS Komited Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia - Khaled Nordin​

2d8bc13b1662ccdc87924685e3cdf3c86a7043b18e2d0

f47beb22828b62fc78c13bf44cacce386a70439ea0889

511d0d087986150291c2577915ef3fe86a704387557c9

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) semasa menerima kunjungan hormat Duta Amerika Syarikat ke ASEAN, Kevin Kim, di luar acara Persidangan Undang-undang dan Operasi Ketenteraan Antarabangsa Tahunan ke-37 (MILOPS) 2026 pada Isnin.

Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus memperkukuh hubungan rapat dengan Malaysia termasuk dalam sektor pertahanan, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Pertahanan itu berkata perkara tersebut antara disentuh Duta AS ke ASEAN Kevin Kim dalam kunjungan hormat sempena Persidangan Tahunan Ke-37 Undang-Undang dan Operasi Ketenteraan (MILOPS) yang berlangsung di ibu negara hari ini.

“AS akan sentiasa memberi perhatian kepada meningkatkan dan memantapkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara termasuk dalam sektor pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat itu.

Beliau berkata pertemuan itu lebih tertumpu kepada usaha mengukuhkan hubungan sedia ada dan tidak melibatkan perbincangan mengenai perkara-perkara dasar.

Selain Kevin, Mohamed Khaled turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Singapura Joseph Leong.

Mengulas pertemuannya dengan Kao, beliau berkata kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran dihadapi ASEAN serta usaha memperkukuh sumbangan sektor pertahanan dalam mengekalkan prinsip Kepusatan ASEAN, keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau.

Beliau berkata mereka turut sependapat bahawa sektor pertahanan mempunyai peranan penting dalam menyokong matlamat ASEAN serta memperkukuh kerjasama antara negara anggota.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Joseph, yang baru dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Singapura, menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Malaysia.

Beliau berkata kerjasama berkenaan bukan sahaja melibatkan hubungan dua hala malah turut merangkumi kerjasama pelbagai hala di peringkat ASEAN serta menerusi Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).

 
Back
Top
Log in Register