BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Vietnam Komited Perkukuh Kerjasama Pertahanan - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,134
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,134
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Vietnam Komited Perkukuh Kerjasama Pertahanan - Mohamed Khaled​

0f98c806b582054e6072b0068aeca32e6a747232b5b6c

184cfce0bffb55e157b942db64e7ebfd6a74721b4a2bc

44b1e393cb3cf3613fa0bcf2432ea7256a7472ccd98de

b9443982f6aba9fbfe99085012bdc8e36a74727234815

9cf3c530b20acaf0eb5af521c8f1f4fc6a7472a8af97f

Kredit: MINDEF

Malaysia dan Vietnam komited untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan, sekali gus menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran ASEAN, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dua hala bersama Menteri Pertahanan Vietnam Jeneral Phan Van Giang bersempena dengan lawatan rasmi dua hari ke negara berkenaan yang bermula semalam.

Beliau berkata pelbagai bidang kerjasama dibincangkan, termasuk latihan ketenteraan dua hala, perkongsian risikan, maritime domain awareness (kesedaran domain maritim), operasi menyelamat kapal selam, kecerdasan buatan (AI), industri pertahanan serta usaha menghadapi cabaran keselamatan baharu, seperti aktiviti grey zone.

“Saya turut mengemukakan cadangan supaya mekanisme kerjasama diperkasakan melalui komuniti peringkat tertinggi bagi memastikan setiap inisiatif dapat diselaras dan dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Mengenai perkembangan strategik serantau termasuk isu Laut China Selatan, Mohamed Khaled menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan perlu terus dipelihara melalui dialog, diplomasi dan undang-undang antarabangsa, di samping menyokong pemuktamadan Kod Tatalaku (CoC) yang efektif dan bermakna.

 
Back
Top
Log in Register