BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Kemboja Kukuh Kerjasama Pertahanan, Bina Daya Tahan Kolektif - Mohamed Khaled

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia, Kemboja Kukuh Kerjasama Pertahanan, Bina Daya Tahan Kolektif - Mohamed Khaled​

d7171680e8473b655d05019afbe2261e6a75eb376f226

6a1ad70d4f7bcc355e59bd6c3a68dc996a75eb246d842

58692f21951f7d98ae8c6d7977cf1f996a75eb59bfebe

d8ab05775c8d04edd54ea2bbe2d0e3296a75eb4a5c8ad

Kredit : MINDEF

Malaysia dan Kemboja komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan, sekali gus menyumbang kepada pembinaan daya tahan kolektif ASEAN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata komitmen itu dizahirkan ketika beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Kemboja Samdech Thipadei Hun Manet di Peace Palace, Phnom Penh hari ini.

Beliau berkata antara perkara utama yang dibincangkan ialah usaha memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan Malaysia-Kemboja, yang bakal menjadi kerangka penting dalam memperluas dan memperkukuh kerjasama pertahanan kedua-dua negara.

“Malaysia dan Kemboja turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan pemusatan ASEAN, dialog serta mekanisme serantau dalam menangani cabaran keselamatan, termasuk usaha berterusan ke arah keamanan dan kestabilan di sempadan Kemboja-Thailand,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata Malaysia turut menzahirkan sokongan berterusan terhadap mekanisme ASEAN Observer Team (AOT) selain penyelesaian secara aman menerusi dialog dan rundingan.

Mohamed Khaled berkata kedua-dua pihak turut membincangkan kepentingan memuktamadkan Code of Conduct (COC) di Laut China Selatan, sebagai langkah penting bagi memastikan keamanan, kestabilan dan ketertiban berasaskan peraturan terus terpelihara.

Beliau berkata Malaysia dan Kemboja juga komited memperkukuh kerjasama pertahanan dalam bidang-bidang baharu termasuk latihan peperangan hutan, industri pertahanan, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi dron.

Selain itu,  Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Kemboja Jeneral Tea Seiha, bagi bertukar-tukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau yang semakin kompleks.

Dalam hantaran berasingan berhubung pertemuan itu, beliau menyatakan harapan agar gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, dapat terus dikekalkan.

 
Back
Top
Log in Register