BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Lihat Potensi Besar Kerjasama BRICS-ASEAN Bina Daya Tahan Ekonomi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Lihat Potensi Besar Kerjasama BRICS-ASEAN Bina Daya Tahan Ekonomi​

74aaa4ea264939bfc324f6e6a3ab34176a05c85dd1bac

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia melihat potensi besar bagi BRICS dan ASEAN untuk memperkukuh kerjasama dalam membina daya tahan ekonomi menerusi kolaborasi strategik, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS di sini hari ini berkata kolaborasi itu boleh merangkumi pengukuhan hubungan perdagangan, memajukan pembangunan infrastruktur berkualiti, memperdalam kerjasama dalam teknologi digital dan teknologi baharu muncul serta menggalakkan pertumbuhan mampan dan hijau.

“Ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan dasar perdagangan sedang mempercepat peralihan daripada globalisasi yang dipacu kecekapan kepada penyerantauan yang dipacu daya tahan.

“Sehubungan dengan itu, rantaian bekalan global menjadi semakin pelbagai, bersifat serantau dan diurus dari segi risiko, dengan aliran modal kebanyakannya tertumpu kepada ekonomi yang dilihat stabil dan boleh diramal,” katanya yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke New Delhi, India bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS pada 14 dan 15 Mei.

Mohamad berkata daripada perspektif serantau, ASEAN semakin menonjol sebagai rantau yang berkecuali, berasaskan peraturan dan dinamik dari segi ekonomi, sekali gus menawarkan alternatif menarik kepada pelabur yang mencari kepelbagaian.

Beliau berkata ketika BRICS menyambut ulang tahun ke-20, kumpulan berkenaan kini perlu memberi tumpuan kepada menterjemahkan kebimbangan bersama kepada penyelesaian bersama.

“Sama ada kita dapat beralih daripada kebimbangan bersama kepada penyelesaian bersama dan sama ada kita dapat membina sistem yang lebih berdaya tahan ketika krisis, lebih terbuka kepada inovasi, lebih kolaboratif dalam pelaksanaan serta lebih mampan dari segi hasil,” katanya.

Mohamad berkata Malaysia kekal bersedia untuk bekerjasama dengan BRICS sebagai rakan konstruktif dalam membentuk susunan global yang lebih seimbang.

 
Back
Top
Log in Register