BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Perkukuh Tadbir Urus Digital Untuk Bina Kepercayaan, Daya Tahan - Fahmi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Malaysia Perkukuh Tadbir Urus Digital Untuk Bina Kepercayaan, Daya Tahan - Fahmi​

2603504a8138a0c79079ea1a3934c0d56a5ef928262be

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berucap merasmikan International Regulartory Conference (IRC) 2026, hari ini.

Malaysia sedang memperkukuh kerangka tadbir urus digital bagi memastikan perkembangan teknologi kekal selamat, berdaya tahan dan dipercayai, sambil menyeimbangkan inovasi dengan tanggungjawab lebih besar, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata usaha Malaysia itu dapat dilihat menerusi inisiatif seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), peluasan rangkaian 5G di seluruh negara, pelaburan dalam infrastruktur kabel dasar laut serta pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bagi membangunkan ekosistem digital lebih selamat, berdaya tahan dan diyakini.

“Kepercayaan kini menjadi cabaran utama dalam era digital akan datang. Adakah rakyat boleh mempercayai platform mereka gunakan, maklumat mereka akses serta sistem digital yang semakin mempengaruhi kehidupan seharian mereka?

“Perkembangan teknologi berlaku jauh lebih pesat berbanding kebanyakan kerangka tadbir urus yang diwujudkan untuk mengawal selianya,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 yang berlangsung selama dua hari di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Fahmi berkata kawal selia perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi melalui kerangka tadbir urus yang bersifat pantas dalam menangani perubahan pesat, sambil memastikan pendekatannya kekal sepadan bagi menggalakkan inovasi serta memberikan kepastian kepada pihak industri.

Beliau berkata ONSA menandakan perubahan pendekatan daripada sekadar bertindak balas terhadap kemudaratan dalam talian kepada usaha mencegahnya, menerusi pengukuhan kebertanggungjawaban platform serta peningkatan perlindungan terhadap kanak-kanak dan komuniti rentan.

Sementara itu, Fahmi berkata IRC 2026 bertemakan “Membentuk Era Digital Seterusnya: Kawal Selia, Daya Tahan dan Kepercayaan”, menyediakan platform kepada pengawal selia, penggubal dasar, pemimpin industri serta ahli akademik untuk membincangkan isu-isu utama yang mempengaruhi ekosistem digital global.

Beliau berkata perbincangan pada persidangan itu akan meliputi keselamatan dalam talian, tadbir urus data, kecerdasan buatan, komunikasi kuantum, sistem autonomi serta masa depan kawal selia, bagi menterjemahkan dialog kepada hasil dasar yang praktikal dan kerjasama antarabangsa lebih kukuh.

 
Back
Top
Log in Register