Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
SSMNC2026 Seru Komuniti Perniagaan Laksana Transformasi Digital, Perkukuh Tadbir Urus - Fuziah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan SSM 2026 Serta Pelancaran Corporate Registry System di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Persidangan Kebangsaan SSM 2026 (SSMNC2026) ke-15 untuk menyeru komuniti perniagaan melaksanakan transformasi digital secara bertanggungjawab, memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan menerusi inovasi.
Persidangan yang bertemakan “Navigating Business in the Digital Era: Trust. Efficiency. Sustainability” itu adalah selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dan meneroka cara organisasi memanfaatkan transformasi digital , kecerdasan buatan (AI) keputusan berasaskan data serta teknologi baharu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Senator Datuk Dr Fuziah Salleh berkata masa depan sektor korporat Malaysia bukan sahaja bergantung pada kemajuan teknologi, sebaliknya turut ditentukan oleh keupayaan dalam membuat keputusan yang tepat berlandaskan nilai, integriti dan tadbir urus yang baik.
"Dengan komitmen serta usaha kolektif semua pihak, saya yakin kita mampu memperkukuh landskap korporat Malaysia agar terus berdaya saing, progresif dan mampan," katanya dalam ucapan perasmian persidangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
Persidangan dua hari yang diadakan secara hibrid itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN Datuk Roziah Abudin, barisan pengurusan tertinggi SSM serta melibatkan penyertaan lebih 2,300 peserta termasuk dari luar negara.
Sementara itu, pada majlis sama, Fuziah melancarkan platform digital baharu SSM, iaitu Corporate Registry System (CRS) yang mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan registri di bawah satu ekosistem lebih moden, cekap dan mesra pengguna, selaras dengan agenda transformasi digital SSM.
Beliau berkata CRS yang mula beroperasi pada 14 Julai lepas dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan peralihan daripada sistem lama kepada platform baharu dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.
“Fasa 1 yang melibatkan urusan berkaitan entiti syarikat, menggantikan sepenuhnya MyCoID dan e-Secretary serta pelbagai perkhidmatan serah simpan dokumen berkanun syarikat yang sebelum ini dilaksanakan melalui kaunter.
“Fasa 2 dan Fasa 3, yang antara lain melibatkan urusan entiti perniagaan dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), dirancang untuk dilaksanakan pada hujung 2026. Melalui CRS, pelbagai urusan serah simpan dokumen dapat dilaksanakan secara dalam talian menerusi portal SSM4U dengan akses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” katanya.