BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMeC 2026 Platform Perkukuh Kepercayaan Terhadap Media, Tadbir Urus Digital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

SMeC 2026 Platform Perkukuh Kepercayaan Terhadap Media, Tadbir Urus Digital​

04a33d2cd3528f5f577b5601c39088a26a54b805c49a0

Kredit UKAS

Kira-kira 800 peserta terdiri daripada pengamal media dan komunikasi, ahli akademik, pembuat dasar, pemimpin industri serta pelajar dijangka menghadiri Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2026 pada Khamis ini.

Persidangan anjuran Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang akan dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu menjadi platform membincangkan isu berkaitan kepercayaan terhadap media, tadbir urus serta cabaran transformasi digital dalam industri media.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata persidangan itu membawa tema ‘Media, Trust and Governance in a Rapidly Evolving Digital World’.

“Perbincangan akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap media, meningkatkan amalan tadbir urus baik, memperkasa kewartawanan beretika serta meneroka peluang dan cabaran dibawa oleh teknologi digital termasuk kecerdasan buatan,” katanya pada sidang media mengenai persidangan itu hari ini.

Beliau berkata SMeC 2026 akan menampilkan tokoh berpengalaman dalam bidang media, komunikasi dan akademik antaranya Pengasas SOL Digital Lunnie Gan dan Timbalan Pengerusi Majlis Media Malaysia Premesh Chandran.

Sementara itu, Abdullah berkata majlis makan malam sempena Hari Wartawan Nasional 2026 Peringkat Sarawak dan SMeC 2026 akan dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata majlis itu bakal menyaksikan penyampaian Anugerah Apresiasi Khas Premier Sarawak kepada penerima dalam lima kategori iaitu Editor/Wartawan/Stringer, Jurugambar, Juruvideo, Penyampai Radio/Berita dan Pempengaruh.

 
Back
Top
Log in Register