BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keutuhan Keselamatan Siber, Tadbir Urus Data Penting Untuk Perkukuh Kepercayaan Digital

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,766
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,766
Reaction score
289
Points
146

Keutuhan Keselamatan Siber, Tadbir Urus Data Penting Untuk Perkukuh Kepercayaan Digital​

e08ccfa741353903bc1a540b1751ee826a5f8bed82a15

277604a7825816d96b888f2a2f3e07a66a5f8c3adfb41


Keutuhan keselamatan siber, kemantapan tadbir urus data dan kawal selia yang seimbang adalah elemen penting dalam memperkukuh kepercayaan digital di samping memacu inovasi ketika Malaysia meneruskan agenda transformasi digitalnya, menurut pemimpin industri.

Bercakap pada forum bertajuk “Sovereign Data, Empowered Citizens: Building Trust, Privacy and Consumer Rights in Malaysia’s Digital Future” di sini hari ini, ahli panel sependapat bahawa usaha melindungi privasidan keselamatan data serta membina keyakinan pengguna perlu terus menjadi teras kepada kemajuan teknologi.

Ketua Keselamatan Ericsson Dr Connie McIntosh berkata organisasi kini beroperasi dalam persekitaran teknologi dan geopolitik yang kian tidak menentu, dengan ancaman siber semakin canggih menyasarkan individu, perniagaan serta infrastruktur kritikal.

“Kita berada dalam persekitaran teknologi dan geopolitik baharu serta tidak menentu, justeru ancaman sentiasa wujud. Kepercayaan digital lebih penting berbanding sebelum ini. Apa yang kita ketahui ialah ancaman paling lazim ialah serangan yang disasarkan sama ada terhadap individu, perniagaan atau infrastruktur kritikal.

“Maklumat palsu dan maklumaat yang mengelirukan kini menjadi antara vektor serangan selain serangan terhadap infrastruktur kritikal bertujuan menyebabkan gangguan serta kerugian dari segi ekonomi atau menjana keuntungan kepada negara tertentu,” katanya.

Sesi itu, yang dikendalikan oleh Chief National Sovereign AI Cloud Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Che Juhan Che Mat, berlangsung selama dua hari sempena Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 anjuran MCMC.

Sementara itu, Ketua Penyelesaian Awan (Perusahaan) Maxis Chin Kok Loon berkata kedaulatan digital bermula dengan memastikan data sensitif kekal berada dalam sempadan negara agar ia dilindungi di bawah undang-undang tempatan serta disokong oleh penyulitan yang kukuh dan kawalan akses.

“Bawa kuasa pemprosesan ke lokasi data. Hanya apabila data berada dalam sempadan fizikal negara kita, barulah ia boleh ditadbir di bawah undang-undang tempatan. Kita ada undang-undang berkaitan privasi seperti Akta Perlindungan Data Peribadi yang menetapkan cara mengklasifikasikan data sensitif atau kritikal. Paling penting ialah kawalan akses dan penyulitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Luar Sea and Shopee Malaysia Nik Emir Nik Mohamed Din berkata pengguna hari ini mengharapkan kemudahan tanpa perlu mengorbankan keselamatan peribadi mereka sekali gus menjadikan tadbir urus data sebagai satu keutamaan dalam operasi perniagaan.

 
Back
Top
Log in Register