BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hadkan Kuasa Menteri, Perkukuh Tadbir Urus TH - ABIM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Hadkan Kuasa Menteri, Perkukuh Tadbir Urus TH - ABIM​

ad0f0a7f165a5daa44a4ee5cb755d3d86a6a218cd5e93

--kredit Tabung Haji

Kuasa menteri dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dihadkan, manakala mekanisme semak dan imbang diperkukuh bagi mengelakkan kelemahan tadbir urus institusi itu daripada berulang, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Setiausaha Agung ABIM Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri berkata reformasi itu penting memandangkan kuasa besar yang diberikan kepada menteri sebelum ini memberi kesan terhadap pelbagai aspek pengurusan TH, termasuk pengumuman hibah, subsidi haji serta keputusan berkaitan dana dan pelaburan.

“Kita harap kuasa yang diberikan kepada menteri dapat dihadkan ataupun ditambah baik dengan sistem timbal balas yang lebih adil.

“Kita juga berharap TH terus diterajui golongan profesional dan pakar, ulama dan cendekiawan, bukan sahaja di peringkat tertinggi tetapi turut meliputi anak-anak syarikat serta entiti di bawah seliaannya,” katanya ketika menjadi tetamu program Fokus15 terbitan Bernama TV di sini hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan tatakelola TH juga perlu diteruskan, khususnya dalam pengurusan kontrak dan akad, selain memastikan prinsip tadbir urus yang baik diterapkan dalam aktiviti pelaburan serta pengurusan anak syarikat institusi berkenaan.

Ahmad Fawwaz berkata langkah reformasi berkenaan penting bagi memulihkan dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap TH sebagai institusi yang mengurus amanah kewangan umat Islam.

“Apabila perubahan di peringkat atas daripada kuasa menteri yang bermula dengan semak dan imbang yang baik, pengurusan yang baik... melimpahlah ia kepada kepercayaan awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tindakan undang-undang perlu diambil segera terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab menyebabkan kerosakan atau kerugian kepada TH bagi mengelakkan perkara sama berulang pada masa depan.

Beliau berkata perkara itu antara yang terkandung dalam memorandum badan bukan kerajaan (NGO) yang diserahkan pada Himpunan Aman Solidariti RCI Tabung Haji di hadapan Menara TH semalam.

 
Back
Top
Log in Register