Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Malaysia, Thailand Perkukuh Kerjasama Pertahanan, Keselamatan Serantau
Malaysia dan Thailand mengulangi komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan serta mendepani cabaran keselamatan serantau, dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan rakan sejawatnya Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen, hari ini.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan lawatan pengenalan Adul di Wisma Pertahanan, di sini bersempena dengan lawatan rasmi beliau ke Malaysia bermula semalam hingga hari ini.
“Pertemuan tersebut menyaksikan keakraban persahabatan antara kedua-dua pemimpin pertahanan Malaysia dan Thailand.
“Semasa pertemuan itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Adul atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Thailand serta menyatakan keyakinan terhadap kejayaan berterusan Thailand di bawah kepimpinan Perdana Menteri AnutinCharnvirakul,” menurut kenyataan kementerian itu.
Mohamed Khaled dan Adul turut menyatakan komitmen untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di seluruh Asia Tenggara.
“Thailand turut menyatakan sokongan terhadap usaha Malaysia dalam membantu meredakan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, serta mengiktiraf peranan proaktif Malaysia dalam memudah cara dialog dan memupuk kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.
Dalam rangka lawatannya, Adul turut mengadakan lawatan ke National Aerospace and Defence Industries (NADI) Group of Companies.
“Program tersebut turut merangkumi lawatan ke fasiliti syarikat yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai bidang kerjasama berpotensi serta meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.
– BERNAMA