BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia, Thailand Perkukuh Kerjasama Pertahanan, Keselamatan Serantau

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Malaysia, Thailand Perkukuh Kerjasama Pertahanan, Keselamatan Serantau​

60c43ba255a8209f1bc69f49d7c222166a55a9b3a3196


Malaysia dan Thailand mengulangi komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan serta mendepani cabaran keselamatan serantau, dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan rakan sejawatnya Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen, hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan lawatan pengenalan Adul di Wisma Pertahanan, di sini bersempena dengan lawatan rasmi beliau ke Malaysia bermula semalam hingga hari ini.

“Pertemuan tersebut menyaksikan keakraban persahabatan antara kedua-dua pemimpin pertahanan Malaysia dan Thailand.

“Semasa pertemuan itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Adul atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan Thailand serta menyatakan keyakinan terhadap kejayaan berterusan Thailand di bawah kepimpinan Perdana Menteri AnutinCharnvirakul,” menurut kenyataan kementerian itu.

Mohamed Khaled dan Adul turut menyatakan komitmen untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan di seluruh Asia Tenggara.

“Thailand turut menyatakan sokongan terhadap usaha Malaysia dalam membantu meredakan konflik sempadan antara Thailand dan Kemboja, serta mengiktiraf peranan proaktif Malaysia dalam memudah cara dialog dan memupuk kestabilan serantau,” menurut kenyataan itu.

Dalam rangka lawatannya, Adul turut mengadakan lawatan ke National Aerospace and Defence Industries (NADI) Group of Companies.

“Program tersebut turut merangkumi lawatan ke fasiliti syarikat yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai bidang kerjasama berpotensi serta meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register