Pada penghujung 1980an, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) menyatakan keperluan mengoperasikan pesawat amaran awal & kawalan udara (AEW&C) berikutan perancangan masa itu untuk mendapatkan Lockheed Martin F-16 Fighting Falcon dan Panavia Tornado.
Ketika itu, keperluan berkenaan berdasarkan keluasan wilayah maritim Malaysia yang memerlukan satu sistem pengesan radar yang berkesan selain menjadi mata untuk pesawat-pesawat milik TUDM.
Namun, cadangan perolehan ditangguhkan berikutan masalah kewangan serta masalah diplomatik negara pengeluar tunggal ketika itu iaitu Amerika Syarikat (US) melalui pesawat E-3 Sentry.
Selain itu, Saab dari Sweden menawarkan sistem "Erieye" pada platform pesawat turboprop Saab 340 pada Malaysia jika Malaysia bersetuju memilih Gripen C/D sebagai MRCA Kedua TUDM.
Pada 2018, Malaysia membatalkan program MRCA Kedua TUDM sekaligus perolehan AEW&C dibatalkan.
Namun, Saab terus menawarkan sistem AEW&C terbaharu mereka Globaleye mengunakan platform pesawat jet Bomberdier Global 6000 disamping jet pejuang Gripen NG E/F kepada Malaysia.
Pertempuran udara antara Pakistan dan India memperlihat peranan pesawat AEW&C dalam menangkis serta mengkoordinasi serangan kedua-dua pihak.
Pesawat Amaran Awal & Kawalan Udara atau "Early Airbone Early Warning & Control Aircraft" (AEW&C) merupakan "main changer game" dalam pertempuran udara India & Pakistan baru-baru ini.
Agak mustahil Pakistan mampu menembak jatuh jet pejuang India yang mempunyai keupayaan "high capability air maneuver" terutama Rafale, Su-30MKI dan MiG-29M dengan perluru berpandu " beyond visual range".
Setiap formasi udara India semestinya disertai jet pejuang dilengkapi sistem peperangan elektronik (EW) yang pasti tujuannya mengacau sistem radar dan elektronik Pakistan.
Kehadiran pesawat AEW&C umpama mata bagi jet pejuang menghadapi musuh dengan memberi gambaran tepat kedudukan musuh. Sistem radar AEW&C mempunyai keupayaan mengesan dan radius yang lebih luas.
Selain itu, kebanyakan pesawat AEW&C turut memiliki keupayaan peperangan elektronik sekaligus menganggu tumpuan jet pejuang musuh.
Pakistan memiliki pesawat AEW&C seperti Saab 2000 Erieye & ZDK-03. Selain itu, Pakistan memiliki pesawat EW seperti Falcon DA-20 & Bombardier Global 6000 EW.
Malaysia sebuah negara Maritim yang luas serta mempunyai sempadan dengan beberapa negara serta masih dalam pertikaian titik sempadan dengan negara jiran amat memerlukan pesawat AEW&C untuk pemantauan dan pengawasan selain sebagai mata untuk aset-aset Angkatan Tentera Malaysia mengatur kedudukan.
-Admin MDR-
#pertahananmalaysia
#royalmalaysianairforce
#rmaf
#tudm
#tenteraudaradirajamalaysia
Dimensi Pertahanan - We're The Malaysia Defence Review boleh diikuti di platform
Facebook, X, Tiktok & Youtube.
Search Dimensi Pertahanan - We're The Malaysia Defence Review platform berkenaan jangan lupa LIKE, SHARE & COMMENT
Sumber Dimensi Pertahanan