BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pendaftaran Seminar Percukaian Kebangsaan 2026 (Belanjawan 2027) Kini Dibuka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,129
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,129
Reaction score
346
Points
141

Pendaftaran Seminar Percukaian Kebangsaan 2026 (Belanjawan 2027) Kini Dibuka​

bc1fbc7df4a5b7099ec6ca80a69c36c36a7f0c79cb1ff

Kredit: FB Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini membuka pendaftaran Seminar Percukaian Kebangsaan 2026 (Belanjawan 2027) yang akan diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom pada 14 dan 21 Okt ini.

Kenyataan LHDN memaklumkan seminar itu dianjurkan susulan pembentangan Belanjawan 2027, yang dijadualkan pada Oktober ini.

“Seminar ini menghimpunkan pembentang dan ahli panel berpengalaman dalam bidang percukaian yang terdiri daripada pegawai kanan Kementerian Kewangan Malaysia, LHDN, Chartered Tax Institute of Malaysia dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Antara topik utama yang akan dibincang ialah Cadangan Belanjawan 2027, Program Khas Pengakuan Sukarela e-Invois dan Duti Setem: Kenal Pasti Instrumen, Tentukan Duti Dengan Betul.

LHDN memaklumkan seminar itu turut memberi tumpuan kepada perkembangan, perubahan dan isu semasa percukaian yang penting untuk diketahui oleh pembayar, pengamal percukaian, badan perakaunan serta komuniti profesional.

Pendaftaran seminar dibuka menerusi portal SPK di https://heal.hasil.gov.my/⁠.

Menurut LHDN, majikan yang berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia juga boleh menuntut kos latihan peserta SPK 2026, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Majikan berdaftar yang berminat hanya perlu memilih Non-Registered Training Provider Details - Government di bawah Skim Bantuan Latihan ketika membuat permohonan geran latihan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan kepada LHDN Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau +603-8911 1000 bagi panggilan dari luar negara, LHDN Live Chat atau melalui borang maklum balas pelanggan di portal rasmi LHDN.

 
Back
Top
Log in Register