combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Idea Belia Gen Bajet 2027 Berpotensi Dipertimbangkan Dalam Belanjawan 2027 - TERAJU
Pengerusi Panel Juri #GenBajet2027 Nik Nazree Nik Abdul Rahman menyampaikan ucapan perasmian Pembentangan #GenBajet2027 hari ini.
Idea golongan belia yang diketengahkan menerusi Gen Bajet 2027, berpotensi diangkat ke peringkat pasukan Belanjawan Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027, kata Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Strategik Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Nik Nazree Nik Abdul Rahman.
Beliau berkata penganjuran Gen Bajet, bertujuan memberi ruang kepada belia menyampaikan idea secara langsung, khususnya berkaitan pembangunan Bumiputera, sebelum idea berkenaan dibawa ke peringkat seterusnya.
“Objektif pertama Gen Bajet 2027 adalah supaya kita dapat mendengar idea terus daripada belia-belia kita, terutamanya dalam idea untuk pembangunan Bumiputera itu sendiri.
“Langkah seterusnya sama ada kita dapat mengangkat idea pemenang kepada peringkat seterusnya, terutama sekali kepada pasukan belanjawan di Kementerian Kewangan. Jadi kita cadangkan supaya ada satu sesi pembentangan kepada pasukan belanjawan, supaya diterapkan dalam Belanjawan 2027,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri Pertandingan Akhir Gen Bajet 2027, di sini hari ini.
Nik Nazree berkata idea yang dinilai perlu mempunyai ciri unik dan baharu, selain mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan juga selari dengan aspirasi dan sasaran yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35).
Mengulas penyertaan tahun ini, Nik Nazree berkata Gen Bajet 2027 merupakan penganjuran kali kedua dan mencatatkan peningkatan penyertaan, iaitu daripada 50 peserta kepada lebih 70 peserta kali ini.
Beliau berkata kualiti pembentangan peserta tahun ini juga amat memberangsangkan, dengan pelbagai idea baharu dan cadangan penambahbaikan terhadap dasar sedia ada.
“Kita dapat lihat bahawa mereka memberikan pelbagai idea baharu dan idea tambahan kepada dasar yang sedia ada. Jadi, di situ kita dapat lihat bahawa terdapat penambahbaikan yang diperlukan pada peringkat dasar kerajaan, dalam membantu golongan belia dan masyarakat umum,” katanya.
“Bagi TERAJU, penglibatan belia amat penting untuk memastikan agenda transformasi ekonomi Bumiputera terus relevan dengan perubahan landskap ekonomi dan keperluan generasi akan datang iaitu aspirasi PUTERA35 memerlukan penyertaan aktif seluruh ekosistem, termasuk generasi muda,” katanya.