combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,192
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,192
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Belanjawan 2027: DPIM Mahu Perbelanjaan Pembangunan Diperkasakan
Datuk Mohammad Sahar Mat Din
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berharap Belanjawan 2027 bulan depan memberi keutamaan lebih besar kepada perbelanjaan pembangunan berbanding perbelanjaan operasi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh daya tahan negara dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Presidennya Datuk Mohammad Sahar Mat Din berkata peruntukan pembangunan yang lebih besar penting bagi memastikan perbelanjaan kerajaan memberi impak lebih ketara terhadap aktiviti ekonomi, selain membuka peluang kepada komuniti perniagaan.
"Melalui bajet tahun ini, kita mengharapkan kerajaan akan memperuntukkan jumlah yang besar untuk pembangunan. Setiap tahun kalau kita lihat bajet kita, lebih 50 peratus dibelanjakan untuk kos operasi. Kalau boleh tahun ini bajet pembangunan diperbesar, maksud saya bajet untuk pembangunan yang boleh merangsang ekonomi," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM419.2 bilion dengan RM338.2 bilion atau kira-kira 81 peratus bagi perbelanjaan operasi, manakala RM81 bilion atau kira-kira 19 peratus untuk perbelanjaan pembangunan.
Mohammad Sahar berkata polisi percukaian juga perlu lebih mesra perniagaan, selain keberkesanan penyampaian kerajaan dan kecekapan jentera pentadbiran dipertingkat bagi mengurangkan kos operasi komuniti perniagaan.
Beliau berkata tempoh panjang untuk mendapatkan kelulusan kerajaan, khususnya bagi projek pembangunan tanah turut meningkatkan kos operasi syarikat.
"Melalui inisiatif bajet ini mungkin kerajaan boleh melihat untuk meningkatkan pendigitalan dalam pengurusan yang melibatkan kelulusan dalam pelbagai aspek, termasuk kelulusan pembangunan," katanya.
Beliau berkata cabaran lain yang dihadapi usahawan ketika ini ialah mendapatkan pasaran bagi produk dan perkhidmatan mereka, selain memerlukan projek yang dapat merancakkan aktiviti perniagaan.
Mohammad Sahar berkata tumpuan kepada perbelanjaan yang mampu menjana aktiviti ekonomi perlu dipertingkat bagi memastikan usaha kerajaan memacu pertumbuhan dapat memberi manfaat lebih besar kepada komuniti perniagaan.