BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan Kementerian Pertahanan Dipertingkat Dalam Belanjawan 2027 - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peruntukan Kementerian Pertahanan Dipertingkat Dalam Belanjawan 2027 - Anwar​

70446f858477b1a009d646f4554ee2026a75ac66a0328

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai sebelum makan tengah hari bersama masyarakat di Restoran Sultan Salai dekat Simpang Ampat .

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan terus berikhtiar meningkatkan peruntukan sektor pertahanan negara menerusi Belanjawan 2027, bagi memperkasakan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain memastikan kebajikan anggota keselamatan terus terbela.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu wajar, bagi menjamin keamanan negara yang disifatkannya sebagai aset paling berharga dan perlu dipertahankan setiap masa.

“Meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara itu adalah perlu dilaksana setiap masa, kerana pertempuran itu tidak berlaku dalam keadaan diduga. Kita tak menunggu umpamanya ada negara isytihar perang baru kita nak berpeluh.

“Sebab itu juga saya mahu pertahankan kaedah pembelian, perolehan senjata dan alat ketenteraan cara teratur, cara telus, elak daripada apa istilah yang orang tak suka iaitu istilah ‘sakau’, beli guna agensi-agensi di luar dengan komisyen yang lebih,” kata beliau berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penambahan peruntukan tersebut turut merangkumi aspek kebajikan anggota, termasuk usaha menambah baik kuarters perumahan, pembinaan hospital baharu serta penyelenggaraan kemudahan asas seperti bekalan air.

“Sebab itu Kerajaan MADANI dalam tempoh tiga tahun yang lepas, kita naikkan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan itu 35 peratus lebih tinggi daripada sebelumnya.

“Ini bukannya angka kecil. Cuma ia tidak diketahui. Sebab itu saya beritahu kadang-kadang anak-anak harus tahu. Orang boleh bicara kita nak sokong, kita beri kerjasama, kita beri perhatian. Tapi perhatian apa kalau kelengkapan itu (dibiarkan) buruk, kalau cara perolehan itu penuh dengan kontroversi,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata usaha meningkatkan peruntukan itu boleh dilakukan melihatkan kepada gambaran ekonomi negara yang bertambah baik, disokong pengukuhan ringgit, peningkatan pelaburan asing serta kadar inflasi yang terkawal.

 
Back
Top
Log in Register