BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengukuhan Pertahanan Negara Perlukan Peruntukan Tambahan - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pengukuhan Pertahanan Negara Perlukan Peruntukan Tambahan - Anwar​

62b42399379581aee2811fe0f73e72116a83fb92ef89e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) yang juga Menteri Kewangan ketika sesi libat urus bersama Wakil Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 "Malaysia MADANI: Mengapai Di Langit, Mengadap Di Bumi" di Kementerian Kewangan hari ini.

Pengukuhan keupayaan pertahanan negara memerlukan tambahan peruntukan yang boleh mencecah ratusan juta ringgit hingga berbilion ringgit bagi memastikan Malaysia memiliki aset dan keupayaan mencukupi untuk menghadapi perkembangan keselamatan yang semakin kompleks, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keperluan itu perlu dilihat dalam konteks perubahan geopolitik serantau yang semakin dipengaruhi ketegangan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China.

Anwar berkata perkara berkenaan antara isu yang perlu dibincangkan secara terbuka ketika Malaysia menilai keperluan keselamatan negara, termasuk dalam memperkukuh pertahanan di Sabah.

Beliau berkata kerajaan sejak dua hingga tiga tahun lepas telah meningkatkan peruntukan bagi pertahanan susulan perubahan persekitaran keselamatan di rantau ini.

“Rantau ini sekarang bukan lagi rantau biasa. Ia jadi rantau yang berkembang sebagai satu pusat ketegangan antara dua kuasa besar, Amerika Syarikat dan China,” kata beliau semasa berucap pada sesi penutup Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini hari ini.

Anwar berkata Malaysia pada masa sama perlu terus mencari jalan untuk menjalinkan hubungan baik dengan China dan Amerika Syarikat bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara dalam menghadapi perkembangan geopolitik berkenaan.

Beliau berkata perkembangan keselamatan di selatan Filipina merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian Malaysia, khususnya mengambil kira kedudukannya yang berhampiran Sabah.

Perdana Menteri berkata Pulau Balabac di selatan Filipina, yang paling hampir dengan Pulau Banggi, terletak kira-kira 20 minit perjalanan dan telah dibangunkan oleh Kerajaan Filipina bersama Amerika Syarikat sebagai pangkalan ketenteraan yang besar.

“Sebagai negara jiran yang begitu dekat dengan masalah tuntutan ke atas Sabah, tentunya kita sedikit runsing walaupun hubungan dua hala kita dengan Filipina sangat baik,” kata beliau.

 
Back
Top
Log in Register