BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Salur Peruntukan Tambahan RM2 Juta Sempena Hari Pahlawan - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan Salur Peruntukan Tambahan RM2 Juta Sempena Hari Pahlawan - PM Anwar​

592e0248db48d790a4857f8dd8f16d186a63149aee8fc

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengibarkan Jalur Gemilang diiringi lagu ketika Program Semarak Kenegaraan di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini sebagai menghargai pengorbanan serta jasa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempertahankan kedaulatan negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata peruntukan tambahan itu diberikan berikutan rekod pengurusan yang baik, berbanding peruntukan biasa RM1 juta hingga RM1.5 juta yang disalurkan saban tahun.

"Selalu kerajaan tiap-tiap tahun bagi RM1 juta, paling tinggi RM1.5 juta untuk Hari Pahlawan. Jadi untuk tahun ini, oleh kerana rekod pengurusannya baik, saya minta Kementerian Kewangan sempena Hari Pahlawan beri bantuan tambahan RM2 juta," katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara bergilir antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1968.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kebajikan veteran dan anggota tentera sentiasa menjadi keutamaan kerajaan selaras dengan sumbangan besar mereka yang menjadi tonggak kepada kestabilan dan keamanan negara.

Bagi memastikan aspek kebajikan warga ATM terus terbela, Perdana Menteri memaklumkan menerusi peruntukan dalam belanjawan sedia ada sebanyak RM844 juta diluluskan bagi perkhidmatan perumahan tahun ini untuk membaik pulih serta membangunkan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

Beliau berkata ia merangkumi pelbagai projek perumahan baharu dan pembaikan infrastruktur di kem-kem tentera, antaranya projek melibatkan pembinaan 1,300 unit rumah baharu di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan senggaraan sekolah sebanyak RM3 juta untuk sekolah di Negeri Sembilan termasuk Sekolah Kebangsaan Sungala dan Sekolah Kebangsaan Si-Rusa, Port Dickson untuk keselesaan anak-anak anggota tentera yang belajar di situ.

 
Back
Top
Log in Register