BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan Salur Peruntukan Khas Kepada Masyarakat Siam Lebih RM2 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
6983e25beb2fa389c83822b63c1623e469dcaf3ea2e89

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang (tengah) bergambar dengan pemenang Ratu Songkran 2026, Jauwadee Bun Chea (kanan) pada Majlis Perasmian perayaan Songkran peringkat kebangsan 2026 di Wat Macchimaprasit, Jejawi di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausana Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslına Abdul Hamid (dua kiri) dan Presiden Persatuan Siam Malaysia, Sam Maark Suvanphet (empat kiri).

Perayaan Songkran yang menjadi sebahagian daripada khazanah warisan budaya, mencerminkan sejarah panjang serta keunikan masyarakat Siam di negara ini, disambut meriah bersempena Tahun Baharu mengikut kalendar mereka pada 13 April setiap tahun.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Perpaduan Negara menyalurkan peruntukan khas lebih RM2 juta kepada masyarakat Siam di negara ini dari 2023 hingga tahun lepas.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan khas itu untuk melaksanakan inisiatif berkaitan pendidikan bahasa ibunda, pemeliharaan kebudayaan serta pengukuhan adat resam masyarakat Siam.

Beliau berkata sebanyak RM750,000 diperuntukkan pada tahun lepas manakala RM840,000 (2024) dan RM500,000 (2023).

“Kita beri jaminan akan terus membantu dalam aktiviti atau kegiatan yang sama kerana saya melihat ia adalah satu usaha untuk kita menjaga aset negara dan keunikan Malaysia yang kita cintai ini," katanya ketika berucap merasmikan perayaan Songkran Peringkat Kebangsaan 2026 di Wat Macchimaprasit, Jejawi di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.

Aaron berkata warisan budaya seperti Songkran adalah jambatan yang menghubungkan semua dalam satu identiti nasional yang utuh dan ia mencerminkan kekuatan Malaysia sebagai negara yang menjadikan kepelbagaian sebagai aset, bukan perbezaan.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memelihara khazanah ini terus terpelihara agar generasi akan datang dapat mewarisi, menghargai dan berbangga dengan keunikan negara yang kita cintai ini," katanya.

Beliau berkata berdasarkan data, jumlah penduduk berketurunan Siam di Malaysia dianggarkan 70,000 orang dengan pecahan signifikan tertumpu di negeri utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan media Kementerian Perpaduan Negara sempena perasmian perayaan Songkran itu, Aaron berharap pihak media dapat memberikan lebih tumpuan kepada etnik Siam di Malaysia memandangkan masih ramai yang kurang mengetahui kewujudan dan peranan komuniti itu dalam landskap masyarakat negara ini.

 
Back
Top
Log in Register