BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Salur Peruntukan RM275.4 Juta Bagi Manfaat Veteran Tentera

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

MINDEF Salur Peruntukan RM275.4 Juta Bagi Manfaat Veteran Tentera​

4973528fac109157c5ab64e7f40bc3126a79c4e1ec492


Sebanyak 90 peratus atau RM275.4 juta daripada peruntukan berjumlah RM303.3 juta yang disalurkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun ini adalah untuk manfaat veteran angkatan itu.

MINDEF memaklumkan manfaat berkenaan meliputi lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan keupayaan sosioekonomi.

“Setakat Jun lepas, pelbagai inisiatif dilaksanakan di bawah fokus kebajikan termasuk perluasan bantuan sara hidup daripada 15,000 penerima kepada 33,655 penerima, bantuan peralatan pesakit dan bencana alam (lebih 281 veteran) dan bantuan mengurus jenazah (lebih 1,600 veteran),” menurut MINDEF dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, MINDEF turut cakna terhadap ekosistem kesejahteraan veteran ATM melalui penyaluran kepada lebih 4,738 penerima di bawah skim bantuan kesihatan dengan perbelanjaan lebih RM38 juta setakat Jun.

"Turut diberi perhatian ialah inisiatif bina baharu dan baik pulih perumahan veteran ATM dan setakat kini, sebanyak 34 projek bina baharu dan 323 baik pulih rumah diluluskan untuk pelaksanaan," menurut kenyataan itu.

MINDEF memaklumkan inisiatif pendidikan anak-anak veteran ATM juga diteruskan dengan penyaluran bantuan persekolahan serta bantuan kemasukan anak-anak veteran ke institusi pengajian tinggi.

Turut diberi perhatian ialah pemerkasaan sosioekonomi veteran melalui pelbagai kerjasama strategik seperti Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) ATM Master Class, Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR-INTAN) di Kuala Kubu Bharu, Program MyHero Tani dan peluang kerjaya kedua veteran ATM yang dilaksanakan melalui Program Veteran MyWira, Program PROWIRA-RTW Graduan serta Work-Based Learning.

MINDEF memaklumkan akan meneruskan iltizam dalam memastikan jasa dan pengorbanan warga veteran ATM terus dihargai, di samping memperkukuh kesejahteraan mereka sebagai sebahagian daripada agenda memperkasakan ekosistem pertahanan negara yang holistik dan mampan.

Dalam kenyataan sama, MINDEF memaklumkan Program Peduli Veteran MADANI (PVM) di Merlimau anjuran JHEV ATM dilaksanakan bagi mendekati dan melihat dengan lebih dekat keadaan kehidupan veteran ATM di sekitar kawasan itu.

 
Back
Top
Log in Register