Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
10,000 Pelajar Kurang Berkemampuan Terima Manfaat Peruntukan RM210 Juta BAeK PTPTN
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (hadapan, tengah) bersama Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (hadapan tiga, kiri), bergambar bersama penerima Biasiswa Anak e-Kasih (BAeK) PTPTN, Muhammad Amar Khoo Arif Khoo (dua, kanan) dan Alin Nairen Wong Mohd Allif Wong (dua, kiri), pada Sesi Penyerahan Biasiswa Anak e-Kasih PTPTN di Kulai.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM210 juta menerusi Biasiswa Anak eKasih (BAeK PTPTN) yang akan memanfaatkan 10,000 pelajar miskin dan miskin tegar pada tahun ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jumlah itu meningkat berbanding 5,800 pelajar dengan peruntukan RM120 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Belanjawan 2026, pada Oktober tahun lepas.
"Menerusi pengumuman terkini di bawah Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, jumlah penerima inisiatif biasiswa atau pendidikan percuma PTPTN ini telah ditingkatkan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin," katanya pada sidang media selepas sesi penyerahan BAeK PTPTN kepada dua penerima di Johor.
Hadir sama Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Johor Mazni Ruslan.
Zambry berkata pelajar yang terpilih berdaftar dalam pangkalan data eKasih serta mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) mulai 1 Jan lepas.
Sehubungan dengan itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai serta IPTA agar turut memaklumkan kepada PTPTN sekiranya terdapat pelajar daripada golongan berkenaan yang layak menerima manfaat di bawah inisiatif tersebut.
Dalam pada itu, Norliza berkata setakat 31 Mei lepas, BAeK PTPTN telah memanfaatkan 402 orang pelajar di seluruh negara dengan jumlah peruntukan berjumlah RM8.79 juta semenjak mula diperkenalkan pada tahun ini.
Beliau berkata biasiswa itu ditawarkan kepada pelajar tempatan berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan dan kursus diikuti mendaftar dengan PTPTN, mempunyai akaun Simpan SSPN yang aktif, tiada tunggakan pinjaman dan baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan tidak kurang daripada satu semester.
Katanya, pelajar akan ditawarkan biasiswa sebanyak RM4,750 setahun bagi Diploma dan RM6,180 setahun bagi Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dan RM6,650 setahun bagi ljazah Sarjana Muda (Sains).