BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

96,013 Pelajar Tingkatan Enam Terima BAP, Libat Peruntukan RM14.4 Juta

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

96,013 Pelajar Tingkatan Enam Terima BAP, Libat Peruntukan RM14.4 Juta​

9737e42b4092e7fa745f427c88b94d8065b7760288eac


Sebanyak 96,013 pelajar tingkatan enam terdiri daripada baharu serta sedia ada, telah dan akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 dengan jumlah peruntukan RM14.4 juta, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan pada tahun ini, sebanyak 52,810 pelajar tingkatan enam baharu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara akan menerima BAP bernilai RM150 setiap seorang.

“Agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu dilaksanakan oleh PTE dari 28 Jun sehingga 27 Julai.

“KPM meneruskan pelaksanaan agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu yang telah mendaftar pada 8 Jun selaras dengan kelulusan peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam sejak tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan peluasan pemberian BAP itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI bagi meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persediaan keperluan persekolahan.

“Inisiatif ini juga membuktikan komitmen jitu kerajaan untuk terus memperkasakan pendidikan tingkatan enam,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register