BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sahkan Terima Laporan Pelajar Tingkatan Tiga Dibuli

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Polis Sahkan Terima Laporan Pelajar Tingkatan Tiga Dibuli​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga mendakwa menjadi mangsa buli sehingga berisiko hilang pendengaran di sebuah sekolah menengah di sini, minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata suspek berusia 17 tahun telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara pihaknya melengkapkan siasatan.

“Siasatan masih berjalan dan kejadian dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek antara rakan sekolah,” katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor di sini hari ini.

Shazeli bagaimanapun tidak mengulas kecederaan dialami mangsa kerana perlu menunggu laporan rasmi pegawai perubatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar berusia 15 tahun didakwa cedera pada leher dan tengkuk serta berisiko kehilangan pendengaran kerana dipukul di sebuah sekolah menengah.

Kejadian itu turut didakwa menyebabkan pelajar tersebut mengalami trauma serius sehingga banyak berkurung di dalam bilik, kurang selera makan dan enggan bercakap.

 
Back
Top
Log in Register