BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Terima Laporan Kehilangan Tiga Beranak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Terima Laporan Kehilangan Tiga Beranak​

f653b157534063f6822e8d59e4fe5a236a71de46e8ceb

-kredit FB awam

Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang tular di media sosial pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata laporan dibuat oleh ahli keluarga mangsa yang bimbang dengan keselamatan tiga beranak itu.

Mereka ialah Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, dan suami Khairul Azhar Ahmad, 39, serta anak lelaki mereka.

“Siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah mendapati mereka ada pulang ke rumah dengan menaiki kereta pada 1.12 pagi semalam sebelum keluar semula pada 2.20 pagi hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video ahli keluarga tiga beranak itu meminta orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui keberadaan mereka tular di media sosial.

Bapa kepada Siti Zulaikha memaklumkan membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam, mendakwa tiga beranak itu hilang dan gagal dihubungi dari 20 Julai selain guru memberitahu cucunya tidak hadir ke sekolah.

 
Back
Top
Log in Register