BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI TH Tidak Diterbitkan Tiga Tahun Lepas Elak Kehilangan Keyakinan Rakyat - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Laporan RCI TH Tidak Diterbitkan Tiga Tahun Lepas Elak Kehilangan Keyakinan Rakyat - Anwar​

afaad7711635cb967c79c008c4520f4c6a630e8ccc155

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Program Semarak Kenegaraan di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman dan Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak diterbitkan tiga tahun lepas kerana kerajaan mahu mengelakkan rakyat daripada hilang keyakinan terhadap agensi berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendedahan laporan berkenaan pada ketika itu dikhuatiri boleh mencetuskan panik dalam kalangan pendeposit sehingga menyebabkan pengeluaran dana secara beramai-ramai yang berisiko melumpuhkan TH.

"Pada masa itu, tiga tahun lalu, kita tak mampu nak terbitkan. Kalau kita terbitkan, rakyat hilang keyakinan terhadap TH dan mereka tarik dana.

"Namun, sejak tiga tahun lalu pengurusannya bertukar di bawah Pengerusi Tan Sri Abdul Rashid Hussain yang mempunyai rekod pengurusan cemerlang. Tabung Haji kini kembali kukuh bertapak tetapi rakyat tetap perlu tahu," kata beliau ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Azhan Md Othman.

Anwar berkata ketegasan Kerajaan MADANI dalam menangani isu penyelewengan dan menitikberatkan tatakelola adalah bagi memastikan institusi yang memegang amanah rakyat, khususnya umat Islam dan komuniti peneroka tidak terus terancam.

Perdana Menteri turut berkongsi perkembangan positif mengenai pemulihan institusi itu apabila dimaklumkan bahawa TH telah dianugerahkan Pengurusan Haji Terbaik bagi musim haji tahun ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syahredzan Johan dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Shafi Muhammad dalam kenyataan bersama berkata Kabinet wajar membincangkan dan membuat keputusan sama ada laporan RCI itu boleh didedahkan kepada umum.

"Pakatan Harapan (PH) berpandangan ia penting demi kepentingan awam serta prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

 

RCI TABUNG HAJI BAKAL DIDEDAH? NI 5 PERKARA YANG RAKYAT KENA TAHU!​

Bayangkan institusi yang diamanahkan mengurus simpanan berjuta-juta umat Islam akhirnya disiasat melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja, atau RCI.

Selepas bertahun-tahun menjadi bahan perdebatan, kerajaan kini mahu laporan itu didedahkan kepada rakyat dengan harapan dapat menutup episod hitam yang didakwa mencalar nama Tabung Haji, memulihkan semula kepercayaan pendeposit, dan memperkukuh integriti institusi tersebut.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang ditemui oleh RCI, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan jika benar berlaku salah urus, dan adakah pendedahan laporan ini mampu mengembalikan keyakinan lebih jutaan pendeposit terhadap Tabung Haji?

 
mase TH najib , ok je semua , kos murah

mai musibat ph… habis semua lingkup

alasab ade salah guna.. tp sorrokkna laporan

bende nie taktikal je utk sakau duit kerajaan

alasan sakau konon.. buuuuT

mafia korporat semuanye nie
 
Back
Top
Log in Register