BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Khas Dewan Rakyat Bahas Laporan RCI TH Dalam Masa Terdekat - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Sidang Khas Dewan Rakyat Bahas Laporan RCI TH Dalam Masa Terdekat - Fahmi​

28952bc49f59ca50f159c2b6ab2dff6369d211597f62d


Kerajaan berharap dapat mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dalam masa terdekat kerana perkara ini merupakan isu penting yang memerlukan penelitian Ahli-Ahli Parlimen.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said untuk berhubung dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bagi menentukan tarikh sidang khas berkenaan.

“Sidang mesyuarat ketiga tahun ini akan bermula pada awal Oktober, tetapi Perdana Menteri berharap kita boleh adakan dalam masa yang tidak terlalu lama kerana perkara ini sangat penting dan perlu diteliti, dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Jemaah Menteri berhubung pendedahan dan pengelasan semula laporan RCI mengenai TH daripada status Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah diberi taklimat oleh Pengerusi TH yang juga ahli RCI berkenaan Tan Sri Abdul Rashid Hussain, berhubung dapatan laporan siasatan tersebut.

Beliau berkata laporan berkenaan mengambil sedikit masa sebelum didedahkan secara rasmi memandangkan pihak pengurusan TH perlu menumpukan usaha memulihkan kedudukan kewangan agensi tersebut serta melaksanakan syor-syor yang dikemukakan.

“Beliau (Abdul Rashid) memaklumkan juga mengapa mengambil sedikit masa sebelum pihak pengurusan Tabung Haji bersedia dan bersetuju supaya laporan ini didedahkan akhirnya. Antara lain kerana dalam tempoh dua tiga tahun kebelakangan ini, pada ketika beliau mengambil alih, memang dalam usaha untuk menambah baik dan menerima pakai, melaksanakan syor-syor.

“Daripada 25 syor yang terdapat dalam RCI, sebanyak 75 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan oleh pihak pengurusan sedia ada. Usaha pemulihan ini turut terzahir menerusi pengumuman kadar agihan keuntungan (dividen) 3.5 peratus bagi tahun lepas," katanya.

Fahmi berkata susulan keputusan pengelasan semula itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia akan menerbitkan dan mendedahkan laporan berkenaan kepada umum, hari ini.

 
Back
Top
Log in Register