BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Gesa Segerakan Pindaan Akta TH Selaras Syor RCI

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,125
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,125
Reaction score
346
Points
141

Dewan Rakyat Gesa Segerakan Pindaan Akta TH Selaras Syor RCI​

4db449c60e8902585b339afcd4f04dad68e9dd00e401d


Dewan Rakyat hari ini menggesa agar pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] disegerakan bagi membolehkan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dilaksanakan terutama dalam memperkukuh tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH), mengehadkan kuasa Menteri serta memastikan institusi itu bebas daripada pengaruh dan pelantikan politik.

Majoriti Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan laporan RCI TH berpendapat pindaan itu penting bagi menutup ruang kelemahan tadbir urus yang dikenal pasti selain memperkukuh kebebasan Lembaga Pengarah membuat keputusan serta memastikan pengurusan TH dilantik berdasarkan merit dan profesionalisme.

Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) mencadangkan supaya kuasa Menteri untuk memberikan arahan am kepada TH di bawah Seksyen 10 Akta 535 dimansuhkan bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih bebas, membudayakan etika korporat dalam pengurusannya serta memastikan keputusan dibuat berdasarkan kepentingan dan prestasi institusi.

“Dominasi kuasa yang digariskan dalam Seksyen 10 Akta 535 telah mendorong kepada episod kegagalan yang telah menjejaskan prestasi dan kedudukan kewangan TH.

“Kecemerlangan institusi tidak boleh dicapai apabila pengaruh politik diadunkan dalam membuat keputusan,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan laporan RCI TH di Parlimen.

Beliau berkata keanggotaan Lembaga Pengarah TH juga perlu berdasarkan merit supaya kredibiliti dan profesionalisme pengerusi serta ahlinya tidak dibayangi pengaruh eksekutif.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pula menggesa kerajaan supaya melaksanakan setiap syor dan cadangan RCI secara tegas dan berterusan termasuk menambah baik kerangka perundangan Akta 535 selain memperketat pemantauan serta penyeliaan oleh Bank Negara Malaysia atau badan kawal selia berkaitan.

Beliau berkata langkah lain yang perlu dilaksana ialah membentuk jawatankuasa pelaburan bebas dan berintegriti selain menstruktur semula portfolio pelaburan dalam memastikan ia dibuat secara berhemah serta patuh syariah.

Bagi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar), pindaan Akta 535 penting bagi menginstitusikan proses pelantikan kepimpinan TH yang bebas daripada pelantikan politik.

 
Back
Top
Log in Register