BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dewan Rakyat Lulus Pindaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dewan Rakyat Lulus Pindaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak​

d7ccdc0053e7b4b6d90854b525a38b5b67050fe7819f7

Bangunan Parlimen Malaysia

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, sekali gus memperluaskan bidang kuasa akta berkenaan bagi kesalahan yang dilakukan di luar negara.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan oleh 25 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata pindaan bagi memperluaskan pemakaian luar wilayah akan memastikan pelaku yang mempunyai kaitan dengan Malaysia tidak terlepas daripada tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan dilakukan di luar negara.

Ketika menggulung perbahasan RUU itu, beliau berkata pindaan berkenaan tidak bermaksud Malaysia akan secara automatik mengambil alih semua kes berlaku di luar negara, dan negara tempat kesalahan berlaku kekal mempunyai bidang kuasa utama untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan mengikut undang-undang masing-masing.

“Sekiranya laporan dibuat di kedua-dua negara, pihak berkuasa akan berunding dan bekerjasama melalui saluran kerjasama antarabangsa bagi menentukan tindakan yang paling sesuai berdasarkan fakta kes, keterangan, lokasi saksi dan kepentingan keadilan,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

 
Back
Top
Log in Register