combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Dewan Negara Lulus Pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 bagi memperluas bidang kuasa undang-undang Malaysia terhadap jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku di luar wilayah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M Kulasegaran berkata pindaan itu penting memandangkan kes jenayah seksual kanak-kanak membabitkan warganegara asing di negara ini mencatatkan peningkatan sebanyak 117 peratus dalam tempoh 2021 hingga 2025.
Beliau berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kes yang dilaporkan meningkat daripada 1,095 pada 2021 kepada 2,385 kes, tahun lepas.
“Jumlah suspek warga asing menunjukkan trend peningkatan daripada 67 orang pada 2021 kepada 148 orang pada 2025 dengan majoritinya terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.
“Malaysia tidak boleh bergantung kepada kerangka bidang kuasa yang terhad. Pindaan ini memastikan mana-mana individu mempunyai hubungan substantif dengan Malaysia tidak dapat mengelakkan tindakan undang-undang hanya kerana kesalahan tersebut dilakukan di luar negara,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Negara, di sini.
Kulasegaran berkata pindaan RUU itu penting bagi memastikan Malaysia mempunyai bidang kuasa mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap pelaku kesalahan seksual kanak-kanak yang mempunyai hubungan nyata dengan Malaysia walaupun kesalahan tersebut melibatkan elemen rentas sempadan.
Selain itu, beliau berkata PDRM menetapkan lima tumpuan utama siasatan forensik digital bagi menangani ancaman bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan kandungan deepfake yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Katanya, langkah itu merangkumi penganalisisan model AI, pemeriksaan log sistem, penjejakan alamat IP, serta pengesahan integriti data melalui nilai hash bagi memastikan rantaian bukti digital (chain of custody) kekal sah di mahkamah dalam usaha membanteras jenayah seksual berasaskan teknologi terkini.
"Fokus utama siasatan adalah untuk membuktikan kaitan antara kandungan digital tersebut dengan suspek melalui keterangan digital sah, analisis forensik yang boleh dipercayai, serta rantaian penjagaan barang kes yang lengkap dan tidak terputus.