BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja 17 Tahun Didakwa Lakukan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Lelaki

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Seorang penghuni sebuah rumah kebajikan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, bukan fizikal serta persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahmoodah VM Abdul Latif.

Prosiding hari ini berlangsung secara tertutup memandangkan ia membabitkan tertuduh bawah umur.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lima bulan semasa kejadian di pusat jagaan kanak-kanak sebuah pertubuhan di Batu Caves pada 8.30 malam, 27 Mac 2026.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, remaja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa serupa pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 15 (a) (i) dan 15 (a) (ii) akta sama, yang berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, perintah di bawah hukuman kanak-kanak terpakai memandangkan remaja berkenaan masih  di bawah umur.

Mahkamah membenarkan remaja berkenaan diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

 
Back
Top
Log in Register