BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Advokasi Akta Kanak-kanak, Antibuli Dan Kesalahan Seksual Akan Dilaksana - Fadhlina

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

Advokasi Akta Kanak-kanak, Antibuli Dan Kesalahan Seksual Akan Dilaksana - Fadhlina​

3addd9067485a74af2b1f5f11eaa01466a3d49e7ad46d

5f3c1a3b51f5a365732ed9834614c82a6a3d49fab93d3

kredit: FB Fadhlina Sidek

Advokasi bagi Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Antibuli 2026 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan dilaksanakan melibatkan seluruh warga pendidikan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu dipersetujui ketika beliau menerima kunjungan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang diwakili Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Dr Farah Nini Dusuki dan Dr Mohd Al Adib Samuri serta pasukan hari ini.

“Pada kesempatan ini, kami membincangkan isu-isu berbangkit, termasuk yang terkait dengan salah laku buli dan gangguan seksual serta langkah-langkah untuk menanganinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Fadhlina berkata ruang kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan SUHAKAM perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan kesedaran di semua peringkat, sekali gus menjamin ekosistem pendidikan selamat untuk anak-anak.

“Soal hak dan kebajikan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan. Tiada kompromi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register