BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Selangor Giat Advokasi, Perkukuh Perlindungan 1.8 Juta Kanak-kanak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Selangor Giat Advokasi, Perkukuh Perlindungan 1.8 Juta Kanak-kanak​

716310cdc9882983eef0ccc08d7f0b0f6a672f89de3a5

00e558da18206a6df55af6fbc9bdd4e66a672f9be5c43

a66211bb79d77454ad1c24200a2f7d206a672fb768379

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari (dua kanan) bersama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Azmir Kassim (kanan) semasa sesi penyerahan sijil penghargaan kepada rakan strategik ketika hadir ke Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Kasih Kanak-Kanak Negeri Selangor 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan Negeri Selangor mempergiat usaha memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak menerusi program advokasi berterusan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan lebih 1.8 juta kanak-kanak di negeri itu terus terpelihara.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata usaha itu penting memandangkan Selangor berdepan pelbagai cabaran serta isu sosial sebagai negeri dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 2,306 kes membabitkan kanak-kanak direkodkan di Selangor, dengan 1,877 daripadanya berkaitan pemeliharaan dan perlindungan, 366 kes salah laku jenayah serta 63 kes kanak-kanak tidak terkawal.

“Usaha membangunkan kanak-kanak dalam suasana yang selamat serta terpelihara daripada isu jenayah mahupun keselamatan merupakan tumpuan utama kerajaan negeri bagi melahirkan negeri yang makmur, mampan dan penyayang.

“Program dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) seperti ini adalah langkah berterusan sejak 2004 yang telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar, sekali gus menjadi sebahagian usaha memperkukuh ekosistem perlindungan kanak-kanak di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Selangor yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Program itu menghimpunkan 250 peserta daripada 52 sekolah dan institusi tahfiz di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS).

Dalam pada itu, Anfaal berkata usaha advokasi perlu dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu kerana kerajaan negeri tidak boleh hanya bertindak selepas sesuatu insiden jenayah atau salah laku berlaku.

Justeru, beliau berkata pendekatan membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk JPNS, JAIS, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) amat penting, selain memastikan perlindungan turut merangkumi kanak-kanak di institusi jagaan, pusat tahfiz dan sekolah agama.

 
Back
Top
Log in Register