BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Transformasi TH Berjaya, Syor RCI Dilaksana

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Transformasi TH Berjaya, Syor RCI Dilaksana​

28952bc49f59ca50f159c2b6ab2dff6369d211597f62d


Agihan keuntungan Lembaga Tabung Haji (TH) sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025 yang diumumkan pada Mac lepas, bukan sekadar satu pencapaian angka, malah membuktikan keberkesanan proses pemulihan dan transformasi institusi itu susulan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Laporan RCI Mengenai TH yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai penemuan mengenai kelemahan pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020, sekali gus membawa kepada langkah pembetulan drastik.

Usaha memperkukuh TH kini menyaksikan 75 peratus daripada syor RCI telah berjaya dilaksanakan, manakala kerajaan komited mempercepat baki 25 peratus lagi selaras dengan penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, disiplin pelaburan dan pengurusan risiko.

Prestasi terbaik dalam tempoh lapan tahun itu menjadi bukti sahih bahawa model perniagaan sedia ada TH, apabila dikendalikan dengan pengurusan kos berdisiplin serta strategi pelaburan yang mantap, mampu memberikan pulangan mampan kepada pendeposit.

Kejayaan ini sekali gus memberikan keabsahan kepada syor RCI yang menegaskan bahawa TH perlu kekal berperanan sebagai pemegang amanah dana umat Islam tanpa perlu diletakkan di bawah pengawasan pihak luar.

Keputusan Suruhanjaya  RCI untuk menolak cadangan pengawasan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) juga ternyata tepat apabila TH berjaya merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi mencecah RM4.64 bilion pada 2025, melonjak daripada RM4.56 bilion pada tahun sebelumnya.

Dengan dana simpanan berjumlah RM88 bilion, TH kini berada pada kedudukan yang sangat signifikan untuk bertindak sebagai pengurus dana berwibawa di peringkat global.

Malah, laporan RCI mengunjurkan potensi dana berkenaan mampu mencecah paras RM100 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang, satu sasaran yang dilihat sangat realistik berdasarkan trajektori pertumbuhan semasa.

Disebalik polemik yang pernah melanda, kekuatan jenama TH kekal utuh di mata rakyat dan negara Islam lain.

 
Back
Top
Log in Register