combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,151
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,151
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.
Dalam Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari 2014 hingga 2020 yang diterbitkan malam ini, pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik disenaraikan.
RCI mendapati wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.
Pelaburan itu ialah PT TH Indo Plantations; Emrail Sdn Bhd; Wellspring Worldwide Limited; Deru Semangat Sdn Bhd; Trurich Resources Sdn Bhd; Abraj Sdn Bhd; Putrajaya Perdana Bhd; Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd dan Alfareeda Residential Fund.
TH Plantations Bhd; TH Properties Sdn Bhd; Alam Maritim Resources/TH Marine; TH Hotel & Residences Sdn Bhd dan FGV Bhd juga disenaraikan sebagai pelaburan yang memerlukan audit forensik.
Laporan RCI tersebut telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Ogos, 2022, oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya RCI yang diketuai Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi.
Menurut RCI, pihak-pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas dan segera ke atas setiap laporan polis atau aduan yang dibuat berkaitan dengan sebarang salah laku di TH.
Proses penyempurnaan tindakan tatatertib di TH yang meliputi durasi penahanan kerja perlulah diperkemas dan disegerakan agar proses berkenaan dilihat dan diyakini sebagai suatu proses yang berkesan, cekap, adil dan telus, tambah RCI.
"Transaksi-transaksi pelaburan yang masih dalam pertikaian di mahkamah atau di prosiding timbang tara perlu dipantau secara dekat oleh pengurusan dan lembaga bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar dan menghasilkan keputusan yang terbaik kepada TH.