BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TH: RCI Syor Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Dan Segera

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

TH: RCI Syor Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Dan Segera​

77de8ca5dfa1bfaf7b638aa224322c876a6a21749f911

--kredit JAKIM

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) telah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera terhadap setiap laporan polis serta aduan berhubung isu pengurusan dan operasi institusi itu dalam tempoh 2014 hingga 2020.

Menurut laporan RCI berkenaan yang diterbitkan malam ini, siasatan dalaman dimulakan oleh pengurusan TH pada pertengahan 2018 sebelum membuat empat laporan polis, iaitu dua pada 30 Nov 2018, satu pada 13 Dis 2018 dan satu lagi pada 16 Jan 2019.

Laporan polis pertama yang dibuat pada 30 Nov 2018 oleh bekas Setiausaha Syarikat TH Idrus Ismail membabitkan dakwaan penganjuran aktiviti dan penggunaan wang oleh Yayasan Tabung Haji yang dipercayai menyalahi Memorandum and Articles of Association yayasan berkenaan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan berhubung kes itu dan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi pertimbangan serta arahan Pendakwa Raya,” menurut laporan itu.

Laporan kedua yang dibuat pada tarikh sama pula berkaitan tindakan TH menjual pegangan ekuitinya dalam PT TH Indo Plantations (THIP) kepada PT Borneo Pacific.

Tindakan itu dibuat selepas pengadu mengesyaki berlaku salah nyataan dan penyembunyian maklumat berhubung penjualan 95 peratus pegangan saham THIP pada 2012 kepada syarikat berkenaan yang dianggarkan bernilai USD910 juta.

Laporan itu memaklumkan siasatan kes itu mengambil masa kerana melibatkan siasatan rentas sempadan, termasuk proses mendapatkan dokumen serta merakam keterangan saksi di Indonesia dengan persetujuan pihak berkuasa negara tersebut.

Sementara itu, laporan polis ketiga yang dibuat pada 13 Dis 2018 oleh bekas Setiausaha Trurich, Aliatun Mahmud, berkaitan tindakan Trurich memasuki perjanjian pembelian saham dengan tiga syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah hutan di Kalimantan Utara dan dua syarikat di Indonesia bagi memiliki tanah bertanam kelapa sawit di Kalimantan Tengah.

“Laporan itu mendakwa wujudnya manipulasi laporan kesesuaian tanah yang telah mengelirukan Trurich sehingga syarikat tersebut membuat keputusan memperoleh ladang kelapa sawit bernilai kira-kira USD58 juta antara 2008 hingga 2009,” menurut laporan itu.

 
Back
Top
Log in Register