BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Khas RCI TH: Ahli Parlimen Gesa Tindakan Tegas, Reformasi Menyeluruh Tadbir Urus

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Sidang Khas RCI TH: Ahli Parlimen Gesa Tindakan Tegas, Reformasi Menyeluruh Tadbir Urus​

d6f572b2164690d4cf98c9045d1db2586a7b25b12c6de

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Bangunan Parlimen.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Memastikan kepincangan yang menjejaskan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak berulang menjadi antara fokus utama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini, dengan Ahli Parlimen menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan pembaharuan menyeluruh dilaksanakan dalam tadbir urus institusi berkenaan.

Sepanjang lebih 10 jam bersidang tanpa henti sejak 10 pagi bagi sesi penerangan dan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, Dewan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perlindungan terhadap kepentingan pendeposit serta mengembalikan sepenuhnya keyakinan terhadap institusi pengurusan haji itu.

Antara yang dibangkitkan ialah keperluan menyegerakan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535], memperkukuh pengawasan terhadap pelaburan dan pengurusan kewangan serta memastikan kepimpinan TH kekal profesional selain bebas daripada campur tangan politik.

Ahli-Ahli Parlimen turut menggesa supaya dapatan RCI disusuli siasatan menyeluruh dan telus bagi memastikan pihak yang terbukti melakukan salah laku atau menyebabkan kerugian kepada TH dipertanggungjawabkan.

Semasa membentangkan laporan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pelaksanaan pelan pemulihan dan reformasi sejak 2018 telah membantu mengembalikan TH ke landasan lebih kukuh menerusi pemulihan kedudukan kewangan, pengukuhan tadbir urus serta peningkatan kualiti pelaburan.

Reformasi itu turut memastikan kemampuan umat Islam menunaikan ibadah haji terus dipelihara, dengan kos berjaya dikekalkan pada kadar RM33,300 selama tiga musim berturut-turut dari 2024 hingga 2026.

Ketika menggulung perbahasan, beliau berkata kekuatan sesebuah institusi tidak boleh bergantung kepada individu sebaliknya perlu berasaskan sistem, proses, kawalan dan tadbir urus yang jelas.

“Setiap keputusan dibuat berlandaskan undang-undang, dasar, prosedur, prinsip semak dan imbang serta kepentingan pendeposit... ringkasnya, individu boleh berubah tetapi sistem dan prinsip tadbir urus mesti kekal bagi memastikan amanah pendeposit sentiasa dilindungi,” katanya.

Memperkukuh keyakinan rakyat berhubung tindakan susulan terhadap penemuan suruhanjaya berkenaan, Zulkifli berkata siasatan telah dimulakan oleh pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan beberapa individu terkait dakwaan salah laku seperti suapan, salah guna kuasa dan pelanggaran tadbir urus.

 
Back
Top
Log in Register