BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan RCI Dedah Kelemahan Tadbir Urus, Campur Tangan Politik Dalam TH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

Laporan RCI Dedah Kelemahan Tadbir Urus, Campur Tangan Politik Dalam TH​

446a3ef9652afa0786b91f6011b4bd2f69c6521105c83


Kelemahan tadbir urus termasuk campur tangan politik dalam pengurusan dan agihan keuntungan merupakan antara penemuan utama siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan RCI yang diterbitkan malam ini mendapati penglibatan ahli politik dalam pengurusan TH bagi tempoh 2014 hingga 2018 telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat berikutan pertembungan politik.

Menurut laporan itu, keadaan ini telah menyebabkan ada pihak-pihak mengambil kesempatan dengan menjadikan keputusan yang dibuat TH sebagai bahan kritikan sehingga menjejaskan kredibiliti TH.

“Terdapat beberapa keputusan TH seperti bayaran agihan keuntungan (hibah), penentuan bayaran haji, dan Bantuan Kewangan Haji (Hajj Financial Support (HAFIS)) didorong oleh unsur-unsur politik,” menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan keadaan itu antara lain berpunca daripada beberapa kelemahan dalam Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa kerana memberi kuasa yang luas kepada Menteri meliputi operasi haji, dana dan pelaburan.

Laporan itu menyatakan menteri yang bertanggungjawab terhadap TH ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan didapati kepakaran ketiga-tiga Menteri Hal Ehwal Agama (Mej Jen (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)  yang menyelia TH dalam tempoh siasatan hanya terhad dalam bidang hal ehwal agama.

“Keterbatasan ini menjadikan Menteri Hal Ehwal Agama bergantung sepenuhnya kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan dan Lembaga (TH) dalam melaksanakan tanggungjawab dari aspek pengurusan dana dan pelaburan.

“Didapati tiada input tambahan yang lain diperoleh oleh menteri sebelum beliau membuat keputusan mengenai pengurusan dana dan pelaburan. Situasi ini mungkin berbeza jika perkara berkaitan dengan pengurusan dana dan pelaburan TH dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kewangan,” menurut laporan itu.

RCI turut mendapati Akta 535 memberi kuasa kepada menteri dalam melantik Pengerusi dan anggota Lembaga, namun tidak menetapkan kriteria khusus bagi pelantikan itu selain mereka mestilah beragama Islam dan warganegara Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register