BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dedah Laporan RCI TH Bolehkan Rakyat Tahu Fakta Sebenar - Mujahid

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Dedah Laporan RCI TH Bolehkan Rakyat Tahu Fakta Sebenar - Mujahid​

322e669084c95127ad8ed0c868345f5168bc16cd631f9

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Pendedahan laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar berkaitan pengurusan institusi itu, sekali gus menamatkan polemik serta pelbagai tuduhan yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata rakyat berhak menilai sendiri pengurusan TH sepanjang tempoh siasatan meliputi 2014 hingga 2020.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata beliau sendiri antara individu yang dipanggil memberi keterangan kepada panel RCI dan bersedia dinilai berdasarkan dapatan laporan itu, termasuk jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang memegang portfolio berkenaan.

“Bagi saya telah tiba masanya RCI ini didedahkan kepada awam… kita nak tengok siapa yang betul-betul menjadi dalang yang merosakkan Tabung Haji dan siapa yang menyelamatkan Tabung Haji,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mujahid berkata pendedahan laporan itu juga penting bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan yang kini mempunyai kira-kira 9.2 juta pendeposit, selain memastikan sebarang penilaian dibuat berdasarkan dapatan suruhanjaya yang bebas dan profesional, bukannya dakwaan atau polemik politik.

Bagaimanapun, Mujahid berkata beliau tidak mahu membuat sebarang rumusan sebelum laporan itu didedahkan kepada umum, sebaliknya berharap hasil siasatan dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai pengurusan TH sepanjang tempoh tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan Kabinet akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan RCI berhubung TH kepada umum setelah dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri, Rabu ini.

 
ok Rabu ni bawa ke Kabinet, so Khamis ni bentang la ye?... kasi bongkar.. tak kisah la parti mana pun, bab duit haji ni kena urus elok2 la.... jgn macam2🤭🤭🤭🤭
 
Back
Top
Log in Register