BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEKPUR Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Terlibat Kepincangan Tadbir Urus TH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,146
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,146
Reaction score
346
Points
141

SEKPUR Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Terlibat Kepincangan Tadbir Urus TH​

fd8e38bf8577b785416c7936e823070a6a7ae6b738c69

Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zairudin Hasim (dua, kiri) menerima memorandum daripada Setiausaha Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia, Mohd Yani Alias (dua, kanan) pada Himpunan Aman dan Penyerahan Memorandum Berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di hadapan pintu masuk utama Parlimen, hari ini.

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat Malaysia (SEKPUR) menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang terlibat dalam kepincangan tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH).

Perkara itu disuarakan menerusi Himpunan Aman dan Penyerahan Memorandum Berhubung Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH di pintu masuk utama Parlimen, hari ini.

Setiausaha SEKPUR Mohd Yani Alias berkata memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zairudin Hashim pada 12.35 tengah hari untuk diserahkan kepada Menteri Dr Zulkifli Hasan.

“Kita mahu kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya pesalah dalam isu TH dibawa ke muka pengadilan dan harus dicari sampai ke lubang cacing.

“Jika berlaku penyelewengan dan kerosakan, kita tidak kisah siapa atau dari parti mana sekalipun, mereka perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan tegas kerana TH adalah hak milik umat Islam,” katanya.

Selain tindakan terhadap pihak yang terlibat, SEKPUR turut membangkitkan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan jangka panjang TH serta pengagihan hibah yang kompetitif kepada pendeposit.

Memorandum itu turut menyentuh kos menunaikan fardu haji selain menuntut ketelusan dalam pengurusan kuota haji.

Penyerahan memorandum itu diadakan susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berhubung Laporan RCI TH serta usaha memulihkan kedudukan kewangan institusi tersebut.

Pada 29 Julai, laporan RCI setebal 211 halaman didedahkan kepada umum, yang mengandungi pelbagai penemuan berkaitan kelemahan pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.

 
Back
Top
Log in Register