BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu Lagi Mayat Dipercayai Pemancing Ditemukan Di Perairan Perak

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,195
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,195
Reaction score
346
Points
141

Satu Lagi Mayat Dipercayai Pemancing Ditemukan Di Perairan Perak​

74c6f3d08aa88f4a6fec934672947cf664cf8e7c9c522


Satu lagi mayat dipercayai pemancing yang dilaporkan hilang di perairan One Fathom Bank berdekatan Pulau Ketam di sini ditemukan di sekitar perairan Hutan Melintang, Perak petang tadi.

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Leftenan Mohd Syafiq Sazali berkata mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh nelayan tempatan pada 4.26 petang.

"Penemuan itu kemudian segera dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak bagi tindakan lanjut.

"Kapal Maritim (KM) Nusa yang melakukan operasi pencarian bergerak ke lokasi penemuan yang terletak kira-kira tiga batu nautika persegi di sempadan perairan Selangor dan Perak," katanya ketika ditemui pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Sementa di sini hari ini.

Mohd Syafiq berkata lokasi penemuan terbaru itu berada pada jarak dua batu nautika daripada mayat mangsa pertama Mohd Shahril Abd Rahman yang ditemukan semalam.

"Mayat mangsa yang memakai jaket keselamatan itu akan dibawa ke Jeti Hutan Melintang. Proses lanjut berhubung pengecaman identiti mangsa dengan ahli keluarga atau waris akan dilakukan pihak polis," katanya.

Tinjauan Bernama di sekitar PHC di sini mendapati suasana pilu menyelubungi lokasi itu yang dipenuhi puluhan ahli keluarga mangsa sejak pagi tadi.

Pada Isnin lepas, APMM Selangor melancarkan SAR selepas menerima laporan berhubung kehilangan tujuh pemancing di One Fathom Bank pada 3.35 pagi.

Empat daripada mereka ditemukan selamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi itu sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan ;anjut.

 
Back
Top
Log in Register