BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Badan Pemancing Hilang Ditemukan, Dipercayai Menjadi Mangsa Buaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e47c106c3ae8cbf9171e325360c2df4169fdb7ca6068d

Kredit: JBPM Sarawak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Ridan, Marudi memasuki hari kedua hari ini dengan penemuan sebahagian anggota badan mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan Liew Mei Koon, 64, dipercayai menjadi mangsa serangan buaya.

“Pada 10.52 pagi, pasukan SAR menemukan sebahagian anggota badan mangsa iaitu dua kaki, satu kepala dan satu tangan.

“Pada 4 petang, operasi pencarian tamat sepenuhnya, kerana anggota badan yang lain gagal dijumpai. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut sumber JBPM dalam satu kenyataan hari ini.

JBPM memaklumkan mereka menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada 9.20 semalam, sebelum pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi digerakkan ke lokasi di Jalan Industri, Sungai Ridan.

Adik mangsa melaporkan lelaki itu hilang selepas motosikal, pakaian dan peralatan memancing miliknya ditemukan di bawah jambatan Sungai Ridan.

 
Back
Top
Log in Register