Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Dewan Rakyat Beri Ruang Seluasnya Bahas Laporan RCI Tabung Haji - Johari
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul
Dewan Rakyat memberi ruang seluas-luasnya kepada semua Ahli Parlimen untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) demi kepentingan awam dan ketelusan tatakelola.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sesi persidangan khas mengenai dapatan RCI TH yang diadakan hari ini dilaksanakan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat berikutan notis pemberitahuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apabila Perdana Menteri menghantar surat untuk mengadakan persidangan, saya akur dan sebab itulah saya benarkan majlis ini diadakan...bukan majlis perkahwinan ya, persidangan ini.
"Saya terikat dengan Peraturan 11(3) dan saya telah membenarkan majlis ini diadakan bagi membolehkan wakil rakyat daripada kedua-dua pihak membahaskan dapatan penting laporan berkenaan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang khas Dewan Rakyat sebelum sesi penerangan menteri berhubung RCI.