BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laporan Penuh RCI Tabung Haji Didedah Secara Telus, Tanpa Tapisan - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Laporan Penuh RCI Tabung Haji Didedah Secara Telus, Tanpa Tapisan - Anwar​

26c6f38aa566d138f030eba20e8e38de6a6c51ef56086

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemaah selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Qaryah, Paroi Jaya hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) didedahkan kepada umum secara telus tanpa sebarang tapisan dan suntingan.

Beliau berkata kerajaan tidak memotong mana-mana aspek atau bahagian dalam laporan itu bagi memastikan umat Islam dan rakyat Malaysia dapat meneliti keseluruhan dapatan siasatan termasuk syor yang digariskan RCI sebagai pengajaran pada masa hadapan agar perkara sama tidak berulang.

“Tidak ada (tapisan). Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak memotong mana-mana aspek laporan itu…kita menerbitkan keseluruhan laporan itu, termasuk syor-syor dan proses dilalui sepanjang penyediaannya.

“Ini bermakna siasatan meliputi tempoh sebelum 2020. Dalam perbincangan ringkas Jemaah Menteri, terdapat pandangan supaya skop siasatan diperluas bagi meneliti perkembangan selepas tempoh itu. Kita mahu mengetahui dengan tepat apa berlaku selepas itu serta tindakan yang telah diambil pelbagai jawatankuasa, termasuk Lembaga Tabung Haji ketika ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kariah Paroi Jaya, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihak yang bertanggungjawab mesti disiasat dan didakwa  mengikut proses perundangan serta sistem kehakiman yang berkuat kuasa.

Ditanya sama ada pendedahan laporan itu akan menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan, Anwar berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan dalam kerajaan menyokong keputusan untuk mendedahkan laporan berkenaan.

“Datuk Seri Zahid dan rakan-rakan dalam kerajaan, mereka menyokong pendedahan keseluruhan laporan itu. Jadi, tidak timbul soal kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan akan terjejas kerana Datuk Seri Zahid sangat terbuka membenarkan perkara ini dibincangkan dan diterbitkan.

"Memang saya yang mengemukakan cadangan itu, namun ia disokong dan dipersetujui Jemaah Menteri,” katanya.

 
3 tahun dah mat oii...pergi sorok tu kenapa

menipu hanceng

sampai skng tak ade jawapan kenapa asset bernilai TH yg boleh bagi income kepada TH dijual bawah market value

lepas tu lantik plak auditor bermasalah ade skandal...penipu hancenggg
 

Eric See-To - Lim Sian See


Abdul Rahim mendedahkan surat rasmi Malaysian Institute of Accountants (MIA) atau atau Institut Akauntan Malaysia bertarikh 1 November 2018 kepada Tabung Haji yang mengesahkan bahawa TH ialah sebuah entiti dan tidak wajib menggunakan kaedah pengiraan rosot nilai di bawah FRSIC 14 seperti yang digunakan oleh PwC. TH dibenarkan menggunakan dasar rosot nilainya sendiri.

Sebab utamanya mudah: Tabung Haji ialah institusi pelaburan jangka panjang, bukannya syarikat atau dana komersial biasa yang lazimnya menggunakan kaedah FRSIC 14 yang lebih agresif sehingga boleh mencatatkan rosot nilai dan kerugian yang jauh lebih besar.

Ini bermakna Ketua Audit Negara tidak semestinya salah apabila memberikan sijil audit bersih kepada TH berdasarkan dasar perakaunan yang digunakan ketika itu.

Lebih lucu, FRSIC 14 sendiri menjadi lapuk dan digantikan oleh MFRS 9 mulai 1 Januari 2018.

Sekiranya akaun 2017 dinilai menggunakan pendekatan MFRS 9, penyata untung rugi TH adalah besar berkemungkinan lebih hampir kepada hasil audit Ketua Audit Negara, bukannya kerugian besar seperti yang ditunjukkan melalui pendekatan FRSIC 14 oleh PwC.

Kesimpulannya, portfolio aset yang sama boleh memberikan tiga gambaran berbeza:

Kaedah lama TH: keuntungan dilaporkan lebih tinggi.

FRSIC 14: keuntungan menjadi lebih rendah atau bertukar kepada kerugian akibat rosot nilai yang lebih agresif.

MFRS 9: penyata untung rugi mungkin lebih hampir kepada kaedah lama TH, tetapi kejatuhan nilai masih ditunjukkan melalui OCI, rizab dan kedudukan ekuiti.

Jadi apabila seseorang mendakwa TH “untung” atau “rugi” pada 2017, soalan paling penting ialah:

Untung atau rugi berdasarkan kaedah perakaunan yang mana?

sdf.jpg
 
Back
Top
Log in Register