BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tabung Haji Laksana Syor RCI Secara Teratur - Zulkifli

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141

Tabung Haji Laksana Syor RCI Secara Teratur - Zulkifli​

08c2b9ee38c033317f31eb6ab7c120006955150041a7c

Dr Zulkifli Hasan

Lembaga Tabung Haji (TH) telah dan sedang melaksanakan syor-syor penambahbaikan yang digariskan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu secara teratur bagi memelihara kepentingan pendeposit, pematuhan syariah serta kelestarian operasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata dapatan dan laporan RCI itu dilihat secara positif sebagai peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi seperti TH.

Seiring dengan pembaharuan itu, beliau berkata TH terus mencatat prestasi kewangan yang kukuh serta membuktikan pengurusan haji terbaik dunia menerusi kejayaan merangkul Anugerah Labbaytum kategori Diamond daripada kerajaan Arab Saudi secara konsisten.

“Pelaksanaan syor RCI dan pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin untuk TH terus mencipta kecemerlangan, memacu inovasi perkhidmatan, dan memberikan nilai pulangan yang optimum kepada para pendeposit.

“Sehubungan dengan itu, seluruh agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan sokongan padu bagi memastikan TH kekal mampan, sentiasa diyakini oleh umat Islam, serta berterusan menjadi peneraju pengurusan haji negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Zulkifli berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik pendedahan laporan RCI itu sebagai manifestasi komitmen berterusan kerajaan terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

Selama lebih enam dekad, beliau berkata TH telah memainkan peranan penting dalam mengurus simpanan serta urusan haji jutaan jemaah Malaysia, sekali gus membuktikan kedudukannya sebagai institusi Islam yang menjadi kebanggaan negara dan model pengurusan dana Islam diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju bahawa laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 akan dibuat pengelasan semula dan didedahkan kepada umum, hari ini.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata laporan itu menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan, dengan pengurusan tertinggi TH berjaya melaksanakan 75 peratus daripadanya.

 
pergi jual asset untung buat apa.. baruahh ph perosakkk
 
Back
Top
Log in Register