BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI Tabung Haji: Zulkifli Guna Analogi Mak Cik Senah Gambarkan Manipulasi Kewangan TH

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

RCI Tabung Haji: Zulkifli Guna Analogi Mak Cik Senah Gambarkan Manipulasi Kewangan TH​

c555dfe59df56a1e1e751718c2b5e0846a7ab0b921c4e

KUALA LUMPUR, 11 Ogos -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Bangunan Parlimen hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menggunakan analogi ibu tunggal mak cik Senah yang menyimpan wang dalam “tabung kutu” bagi menggambarkan manipulasi kewangan sehingga Lembaga Tabung Haji (TH) kelihatan mencatat prestasi dan keuntungan tinggi, sedangkan kedudukan kewangan sebenar adalah sebaliknya.

Beliau yang memberikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH berkata wang simpanan mak cik Senah diuruskan oleh pihak lain yang menjanjikan agihan keuntungan pada setiap hujung tahun jika perniagaan mencatat keuntungan.

“Mak cik Senah pun bergembira kerana dapat pulangan wang yang lebih banyak. Tetapi kena ingat, syarat utama mengikut undang-undang tabung ialah dividen hanya boleh dibayar jika nilai harta atau aset tabung lebih banyak daripada hutang, tanggungan atau liabiliti,” katanya di Parlimen hari ini.

Zulkifli berkata masalah timbul apabila pengurus tabung menaikkan nilai aset di atas kertas semata-mata bagi menunjukkan seolah-olah tabung mempunyai keuntungan walaupun kedudukan sebenar menunjukkan aset tidak mencukupi untuk menampung liabiliti.

Dalam hal itu, beliau berkata pengurus tabung sebenarnya membayar dividen menggunakan “duit ghaib”, satu penipuan seumpama skim Ponzi atau Skim Pak Man Telo, yang kelihatan baik kerana memberikan dividen tinggi sedangkan simpanan tabung semakin susut.

Zulkifli berkata analogi itu menggambarkan dapatan RCI bahawa penyata kewangan TH sebelum 2018 telah dimanipulasi bagi menunjukkan keuntungan tinggi, sekali gus membolehkan agihan keuntungan dibuat walaupun prestasi kewangan sebenar sebaliknya.

Dalam kes TH, beliau berkata RCI mendapati pengisytiharan agihan keuntungan sebelum 2018 tidak selaras dengan kehendak Akta Tabung Haji apabila aset TH tidak melebihi liabiliti termasuk kumpulan dana pendeposit.

Beliau berkata agihan keuntungan ketika itu juga tidak mencerminkan prestasi kewangan sebenar TH dan merupakan ketidakpatuhan ketara terhadap kehendak undang-undang.

Zulkifli menjelaskan antara kaedah yang digunakan ialah penilaian aset di luar penyata kewangan diaudit menggunakan kaedah Realisable Asset Value (RAV) yang menyebabkan nilai aset kelihatan lebih tinggi daripada liabiliti.

 
Back
Top
Log in Register