BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RCI Tabung Haji Cadang Bonus TH Properties RM2.19 Juta Ditarik Balik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

RCI Tabung Haji Cadang Bonus TH Properties RM2.19 Juta Ditarik Balik​

f4c0c8f84b17bd47eebdba7638abefa96a6a22b8572a7


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji mencadangkan bonus yang diberi kepada ahli lembaga pengarah dan pengurusan TH Properties berjumlah RM2.19 juta ditarik balik memandangkan bonus berkenaan diberikan tanpa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurut Laporan RCI Tabung Haji yang diterbitkan malam ini, suruhanjaya itu telah meneliti dokumen dan minit mesyuarat berkaitan isu pembayaran bonus kepada ahli lembaga pengarah dan kakitangan tertentu TH Properties.

"Bayaran bonus yang diberikan kepada ahli lembaga pengarah TH Properties dan kakitangan tertentu pada 2017 dan 2018 adalah atas alasan projek pembangunan di Australia terutamanya “The Bay Pavillion” memberikan sumbangan kewangan yang ketara kepada TH Properties pada 2016 dan 2017.

"Suruhanjaya mendapati beberapa orang terpilih diberikan bonus istimewa dengan jumlah sebanyak RM1,148,400 pada 2017 dan RM1.045 juta pada 2018," menurut laporan itu.

Selain itu, suruhanjaya itu menjelaskan terdapat pembayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan Lembaga Tabung Haji (LTH).

"Semakan suruhanjaya mendapati kadar bonus yang diberikan kepada kakitangan LTH adalah amat tinggi pada 2010 hingga 2017.

"Kadar bonus yang diberikan adalah antara dua hingga 13 bulan termasuk bonus tahunan dan bonus khas," tambah RCI.

Lazimnya Menteri Hal Ehwal Agama dan Kementerian Kewangan (MOF) hanya akan menerima cadangan pemberian bonus seperti yang disyorkan oleh pengurusan LTH dan lembaga pengarahnya.

"Ini termasuk ketika cadangan pemberian bonus luar biasa pada 2014 pada kadar satu hingga 11 bulan gaji bagi bonus tahunan dan dua bulan gaji bonus khas dengan jumlah keseluruhan boleh mencecah 13 bulan gaji yang melibatkan peruntukan sebanyak RM74 juta.

 
kapir jujur tu ke yg jual asset th bawah value

dijual plak kepada syarikat kapir singapore
 
Back
Top
Log in Register